Grilled Chicken With Fresh Herbs

Salam….

Masa shopping kat Tesco semalam, saya nampak herba rosmary dan herba thyme segar, lalu saya terlintas nak gunakan sebagai rempah perap ayam saya. Biasanya saya guna rempah/herb yang telah dikeringkan tapi memerap ayam guna herba fresh terasa lebih umphh lagi….

Saya jugak sempat  membeli fresh mix salad dan bake bean sebagai hidangan sampingan….. Salad tu terjual bersama sos nya sekali.. dan sangat mudah… tinggal gaulkan bersama sos kemudian serve….

Resepi Dada Ayam Panggang dengan Herba segar

Bahan2nya
4 kpg dada ayam ( dibuang tulang kemudian dipotong dua tanpa putus kemudian dileperkan )
Garam, serbuk lada hitam secukup rasa
1 sudu makan rosemary segar
1 sudu makan thyme segar
4 ulas bawang putih
2 sudu makan tepung gandum
2 cawan air ( utk sos )
1/2 kiub stok ayam/daging
sedikit perahan lemon/limau
Sedikit gula
sedikit sos tiram
sedikit minyak zaitun / minyak masak

Cara membuat

1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali non stick kemudian masukkan bawang putih ( sebiji2 ) dan goreng bawang putih kekuningan.
2. Bila bawang putih kekuningan angkat dan tumbuk bersama lada hitam,garam, sedikit gula daun rosmary dan daun thyme segar. Perahkan dengan sedikit jus limau/lemon kemudian perap dada ayam bersama bahan tadi selama beberapa jam.
3. Bakar ayam tadi diatas kuali non stick balik2kan supaya masaknya sekata kemudian boleh dihidangkan bersama salad, baked bean dan sos.
4.  Untuk sos: gunakan minyak bekas menggoreng bawang putih tadi, masukkan tepung gandum, air, stok ayam/daging dan sedikit sos tiram.
6. Masak diatas api dan  kacau hingga mendidih.
7. Renihkan selama 3 minit kemudian tambah garam dan serbuk lada hitam.

Related Posts with Thumbnails

10 Responses to Grilled Chicken With Fresh Herbs

  1. kak..menyelerakan betoi nengok ayam tu…
    sedappnya……

  2. Assalamualaikum Wana,
    sedapnya GCWFH…dah lama tak buat panggang dengan herba2 ni…
    Amie hari tu buat sup tulang ikut resepi yang Wana buat, dah habis dah…minta izin ye Wana…sebab terpikat dengan sup tulang Wana tu…sedap sangat!

    • wslm amie…. kita lately sibuk betul hingga tak de masa nak jengah blog kawan2 termasuk blog amie…. nanti kita singgah ya tengok masakan2 amie… amie ni memang terror dan kreatif dalam masakan… kalau ada masa saya pun nak cuba masakan2 amie…

  3. adoii…kol 2.30am tengok ayam baring sexy atas pinggan, mau tak tido malam saye nanti…akak ni nampak sangat talented dalam bidang masak masak2, bukak kedai je la :)

  4. as’salam kak wana…aduiii…bestnya ayam ni…terliur tahap gaban dah saya kat sini…

  5. kak wana,
    saya ada comment ttg cara nk wat air asam yg best..tapi akk x reply lagi..
    n then nk tanya lagik…herba thyme ngn rosemary nih kat pasaraya besar2 je ke yg dijual…?benda2 yg lain tuh leh carik..senang..utk yg 2 nih rsnya supermarket biasa xde kot…ce akak explain…
    thanks kak… ;)

    • nurul> minta maaf byk2 sebab lambat reply komen2…. dua tiga minggu ni akak sibuk sekali…. banyak pula program dan urusan2 yg nak diselesaikan sampai tak berkesempatan nak jwb komen….

      cara nak buat air asam yg best yg selalu kk buat mudah aja…. satukan air asam, cilipadi yg tlh dipotong2, bwg merah/besar yg tlh dipotong dadu, buah tomato dadu, belacan bakar yg tlh dihancurkan, gula dan sedikit garam…. seimbang kan rasa masam manis dan masinnya…. bolehlah dihidangkan. InsyaAllah akk akan post kan resepinya…

      Herba tyme dan rosemary boleh carik di pasaraya besar spt Tesco, giant dll… akk selalu beli di Tesco….. di kedai kecil mungkin susah sikit….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>