Projek Butter Cream Icing Cupcakes…

Salam…

Masa majlis cukur jambul sara hari tu saya sempat buat projek cupcakes untuk dijadikan sebagai buahtangan tetamu saya malam tu…. sebelum majlis tu saya dah fikir2 nak buat cupcakes yang senang dan sedap utk dijadikan gift… mula2 tu nak buat redvelvet cupcakes… at last tukar Eggless Supermoist Chocolate Cupcakes…. sebab kek ni sedap, sangat moist, senang nak buat dan tak gunakan telur… so jimat sikit kan tak payah nak beli telur!!!

Kek coklat ni mmg sangat digemari budak2… 1 hari sebelum majlis bermula, saya dan my dotter bersilatlah kat dapur menyiapkan cupcakes ni….

…inilah hasilnya… saya deko simple2 je… dek kerana tangan saya yang agak keras kerana tak biasa mendeko cupcakes…

…. tema saya malam tu warna pink dan putih… so saya warnakan cupcakes saya warna pink dan putih sahaja…. ada silver manik dan taburan gula yg saya warnakan dengan warna pink…

Sememeh je cupcake ni kan!!!….. maklum jelah jam dah dekat kul 3 pagi… mata pun dah naik rabak… waktu2 cam nilah mmg senang nak buat kerja kerana sara dah tidur dengan nyenyaknya….

….. my dotter suka yg ni… simple je, walaupun tak berapa cantik…

….antara cupcakes yg tlh siap di deko…

… tempat kerja yg agak messy….

…..antara cupcakes yg telah sejuk dan sedang menunggu utk di deko….

… dah siap!! tinggal dipasang penutup kek dan dipacking je…. lebih kurang 100 lebih biji cupcakes dalam kotak ni utk dibawa kemajlis malam tu….

Oh ya.. lupa nak bagi tau…. utk resepi butter icing @ butter krim , saya guna 2 jenis resepi kat bawah ni…. bukan apa saya nak cuba2 mana satu yang lebih baik dan senang nak dibuat… nampaknya kedua2nya pun ok… rasanya lebih kurang je… cuma yang yang guna butter krim icing 1 tu agak keras sikit… tp sangat sesuai utk cuaca panas kerana tak cepat cair….

Resepi butter icing @ butter Cream 1

500 g butter icing readymade ( saya beli di kedai menjual peralatan bakery dan kek )
1 cawan metrik gula icing

cara membuatnya

1. Pukul butter icing menggunakan mixer hingga lembut dan naik terlebih dahulu.
2. Kemudian masukan gula icing sedikit demi sedikit dan putarlah mixer sehingga hancur dan tiada lagi terasa butiran gula icing pada butter icing tadi.
3. warnakan dengan perwarna yg disukai.
4. Masukkan dalam plastik kon yg telah dilubangkan dan bolehlah digunakan…

** saya warnakan dengan warna pink…

——————————-

Resepi Butter icing @ Butter cream 2

500 g shorterning @ butter ( sy guna campuran shortening dgn sedikit butter )
250 g krimwell  ( boleh di dapati di kedai peralatan kek dan bakery )
250 g gula icing

Cara membuatnya

1. Pukul shorterning atau butter bersama krimwell sehingga sebati dan lembut terlebih dahulu…
2. Kemudian baru masukkan gula icing sedikit demi sedikit. Jangan masukkan gula sekaligus sebab nanti gula icing payah nak hancur…
3. Putar sehingga semua gula icing larut/hancur di dalam campuran butter dan krimwell tadi.
4. Warnakan icing tadi dengan pewarna yg dikehendaki dan bolehlah digunakan utk menghias cup cakes.

** yg ni saya biar je dia warna putih…

Jumlah butter icing kat atas cukup utk 100 biji cupcakes… ada lebih bakinya lagi….

InsyaAllah next time sy postkan resepi super moist eggless chocolate cupcakes yg sy guna… masa agak terhad so saya pamit dulu….

Related Posts with Thumbnails

19 Responses to Projek Butter Cream Icing Cupcakes…

  1. ooowww…warna-warninya nampak manis & menawan… lembut…

  2. Vi suka kombinasi pink + putih =0).
    Deko cupcake kak wana cantik! Vi suka simple but very cute!
    mesti sedap cupcake tu…rajin betul akak buat cupcake…kuantiti byk tu…thumbs’ up utk kak wana…seorang ibu yang rajin + penyayang =0).

    • salam vivi… thanks…. time ada majlis baru ada peluang nak mencuba mendeko cupcakes ni!!!… kalau hari2 biasa tak mungkinlah nak buat sebab kami sekeluarga tak berapa makan kek yg ada icing2 ni…. ngerissss lemaknya tusss…..

  3. salam…
    kak, bleh suggest kn butter yg sdp utk buat buttercream? :) )

    tq :) )

    • salam ileen… pada akak apa2 butter pun ok… tp kalau nak yg sedap gunalah butter yg berkualiti cam brand scs… lemak dia terasa… akak guna butter jenis Tatura…. yg ni pun bg akak ok… cuma dia murah sikit dari butter jenis Scs…

  4. Salam…
    Cantik cupcakes akak….1 cupcakes tuh bpe harga nye???.

  5. amiezah masnor

    assalammualikum….kak.nampak sedap sgt,,trima kasih atas resipi akak buat ini,tiga orang anak saya cup cake cawan nie sedap sangat…kalau boleh nak belajar lagi buat hiasannya yang lebih kool lagi…utk menarik minat mereka bila tgk cup cake nie.maklumlah lah ini kali pertama saye mencuba membuat cup cake nie.terima kasih kak….;-)

    • salam amieza… sama2!!! akak pun baru2 je belajar nak mendeko cupcake… belum pandai sepenuhnya!!! hihihi….

  6. terima kasih admin ..anda sgt bermurah hati berkongsi resipi ni..saya pasti akan cuba

    terima kasih sgt2..kalau nak belajar memang mahal

    • salam siti… sama2!!! resepinya sebenarnya mudah sahaja…. kalau nak belajar diluar mmg agak mahal…

  7. salam,cam senang je nk wat icing cream tu, tp x penah cuba pun..nk resepi cup cakes tu leh?:)

  8. TQ for sharing. Nak copy and nak try.

  9. …very sweet deko yang di pamerkan dan terimakasih di atas kesudiaan puan untuk share dgn yang lain…Insyaallah saya akan mencubanya….

  10. Cupcakes ni tahan bape hari ya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>