Ikan Bakar Dengan Air Asam

Salam…

Entri2 tertunggak!!!…. Ikan bakar dan air asam jawa ni dah agak lama saya masak tapi belum berkesempatan nak postkan ke blog…. walaupun dah lama, tapi saya masih teringat2 akan keenakan ikan bakar ni.

Resepinya simple dan senang nak disediakan sesuai sgt utk org yg tak berapa rajin dan tak berapa byk masa nak duduk lama2 kat dapur macam saya… so layan resepinya dulu….

Resepi Ikan Bakar

4 ekor ikan kembung ( atau apa2 ikan yg disukai )
secubit garam
daun pisang/daun lengkuas

Cara penyediaan

1. Ikan buang perutnya dan di cuci bersih kemudian lumurkan dengan sedikit garam.
2. Bungkus ikan tersebut dgn daun pisang atau daun lengkuas.
3, Bakar di atas kuali non stick atau di dalam oven

Resepi Air Asam

Anggaran segenggam asam jawa
air suam secukupnya
1 biji bawang besar ( saiz sederhana ) – dipotong dadu
15 biji cili padi ( boleh tambah atau kurang ikut suka ) – dipotong2
1 biji buah tomato – di potong dadu
1/2 – 3/4   inci belacan di bakar ( ikut citarasa )
gula
garam
sedikit perasa ( jika suka )

Cara penyediaan

1. Asam jawa disatukan dengan anggaran 1 cawan air suam dan dileraikan dengan sudu kemudian diambil patinya.
2. Ulangi langkah tadi dgn menggunakan 1/2 cawan air suam pula utk mengambil baki pati air asam tadi.
3. Air asam yg telah diambil patinya tadi diketepikan.
3. Ambil belacan bakar dalam bekas lain kemudian lenyekkan dan hancurkan belacan tadi dgn menggunakan sudu dan sedikit air asam yg telah diperah tadi.
4. Satukan belacan tadi bersama pati air asam, gula, garam, serbuk perasa, cili, tomato dan bawang yg telah dipotong kecil2 tadi.
5. Sesuaikan rasa kemudian bolehlah dihidangkan bersama ikan bakar.

Photobucket



Related Posts with Thumbnails

7 Responses to Ikan Bakar Dengan Air Asam

  1. ikan bakar cicah air asam memang sodap! …lepas makan masih lagi bau belacan di tangan….tapi best!

  2. Salam kak….
    ikan bakar & air asam akak ni memenag menggoda la…lapaaaarrr tengok…;)

  3. Salam…air asam mmg best..mkn dgn nasi panas+ikan bakar+air asam..mak mertua lalu pon xperasan…mmg marvelous…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>