Sotong Masak Hitam

Salam…

Lama betul saya tak update resepi…. buat masa sekarang ni saya tak berapa aktif ke dapur… sebab my baby sara dah pandai merangkak dan memanjat…. masa saya banyak padanya sahaja…masak pun selalu simple2 je… rasanya tak perlulah nak letak kat blog setakat ayam goreng, ikan goreng, sayur air atau sambal belacan kan…

Actually sotong masak hitam ni dulu2 ( zaman remaja ) saya kurang suka…. bila masak sotong hitam ni, mesti teringat arwah abah saya kerana ini masakan kegemarannya…. Bila menyiang sotong mesti abah saya pesan supaya jangan terlalu bersih sangat, nanti sotong tak hitam…

Saya pulak selalu buat degil buang semua dakwat sotong tu sebab tak suka sotong tu jadi hitam bila di tumis…. at last abah saya tak suruh saya lagi menyiang sotong tu…. dia suruh mak saya yg menyiang dan masak sotong tu…

Ish… teruknya saya masa tu!! bila kenang2 balik rasa nak menitik air mata saya kerana buat cam tu kat abah saya…. apalah salahnya saya ikut kehendak abah saya walaupun saya tak suka makan sotong masak hitam…. sekarang ni menyesal pun dah tak guna sebab dia dah tak ada…. semuanya tinggal kenangan yang menyedihkan buat saya….

Sebenarnya malas saya nak kenang2 balik…. tapi saya terpanggil nak tulis gak supaya menjadi pengajaran buat adik2 di luar sana supaya tak jadi seperti saya…. selagi ibu bapa kita masih hidup gembirakanlah dan bahagiakanlah hidupnya walaupun sekadar memasak kegemarannya… Amat besar ganjarannya bagi sesiapa yang ┬ámembahagiakan dan mengembirakan kedua ibu dan bapanya….

( Alamak…. air mata dah menitis kat kat keyboad laptop saya…. stop dulu!!! )

Photobucket

Berbalik pada resepi sotong ni saya dah ubah suai sepenuhnya dari bahan2 biasa yg di masak oleh ibu saya… saya masak sotong ni ala2 chinese sebab guna hanya bwg putih dan cili je…. bagi lidah saya rasanya lebih better dan sedap….. terpulanglah pada selera masing2… masak je mana2 cara ikut selera kita… sebab kita jugak yang nak makan kan!!

Resepi sotong masak hitam

1/2 kilo sotong ( siang, bersihkan dan potong sotong, jgn bersih sgt tinggalkan sikit ink nya…
4 ulas bawang putih- diketuk atau di tumbuk
8-10 biji cili api di tumbuk ( ikut selera kepedasan masing2 )
2 -3 sudu makan penuh sos tiram
1 sudu sos ikan
1 biji cili hijau/merah di hiris – jika suka, tak de pun tak pe

Cara penyediaan

1. Tumis bawang putih, cili hiris  dan cili padi hingga wangi
2. Kemudian masukkan sos tiram dan  sos ikan, kacau seketika.
3. last sekali masukkan sotong, bila sotong kecut dan masak, sesuaikan rasanya, bolehlah di hidangkan….

** masakan ni tak perlu letak garam sebab sos tiram dan sos ikan dah masin…

Senang je…. semudah ABC…

Related Posts with Thumbnails

17 Responses to Sotong Masak Hitam

  1. aduh Wana…sedih pulak kak Amie baca kenangan Wana! Betul tu… apa salahnya kita penuhi dan gembirakan hati seseorang yang masih ada di samping kita, nanti kalau dah tak ada, kita terkenang2 rasa terkilan tak sudah ye…
    dulu pun kak Amie tak suka makan sotong hitam sebab fikir ia agak ‘kotor’ kerana masih berdakwat, tapi bila sekali makan, rasa sedap pulak, dakwat sotong tu yang buat rasanya lebih enak!

    • salam amie…. thanks…. walau pun wana tau kalau arwah abah dah memaafkan wana sebab perkara tu kecil je…. tp still rasa terkilan jugakkk kan….. but sotong masak hitam ni actually sampai sekarang wana tak suka rasanya…. kalau masak letak sikit2 je dakwatnya baru boleh makan… kalau kena sotong yg fresh dakwatnya tu akan membuat rasa manis…

  2. Assalamualaikum Wana…Memang benda2 mcm tu bila kita teringat mesti terasa sedih kan! Emmm, actually kan saya belum pernah msk sotong campur dakwatnya, ni dah rasa teringin pulak nak mencubanya..

    Saya dh try grilled chicken chop resepi wana tu, memang sedap, anak2 pun semua suka sgt2. Izinkan saya copy resepi tu yea, thanks wana.. :) )

    • salam azlina…. cubalah sotong masak hitam… mana tahu kena dgn citarasa ina…. n thanks sudi cuba resepi chiken cop…harap semua famili ina suka…

  3. my feveret kak……….thx!!!

  4. Salam wana..atie pon sama klu siang sotong sampai bersih atie kejekn.kulit & dakwatnya mmg ssh nk jumpa.:D

    • azatie… dulu akak pun cam tu gakkk….. sekarang dakwatnya akak dah boleh terima kat tekak…. tapi kalau byk sgt hitam nya, rasanya masih tak lalu lagi lah…

  5. atie minta izin copy resepi daging goreng kunyit ya..halalkn,terima kasih

  6. Sedey la pulak baca kenangan Wana ni… teringat kat arwah mak akak yg selalu mintakkan buat lompat tikam.. tapi jarang sekali akak buatkan sebab akak tak minat sgt memasak..
    Mmg sekarang bila ingat menyesal sgt2…
    BTW, akak byk cuba resipi Wana… mmg tak mengecewakan… thanks for posting sis… semoga murah rezeki…

  7. saya cuma nk tahu sotong masak hitam ni tk gana bawang ke?

    • salam seri….. akak tak tak guna bawang besar…. tumis pun guna garlic ala2 chinese style….. tapi kalau nak letak pun tak de masalah…. sedap jugakk!!!

  8. ….maksud saya bawang besar?

  9. salam..kne tmbh sikit air x lps msukkn sos tiram n sos ikan?

    • salam ain… akak tak bubuh air sebab nanti sotong tu akan keluar airnya sendiri….. tp kalau nak bubuh air sedikit pun tak de masalah…. terpulang pada masing2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>