Makan Nasi Ayam Penyet, Bangi

Photobucket

Salam…

Makan luar lagi… Ni gambar masa hari Ahad yg lalu….. dan aku plan tak nak memasak sebab nak rehat…. Asyik merasa masakan sendiri je… so bila nak merasa makan masakan orang lain ….. ye tak!!!

So aku saje pujuk2 cik abe, makan kat restoran arab, tapi at last kami decide makan nasi ayam penyet….

Photobucket

… actually ni pestaim kami makan nasi ayam penyet ( sila jangan gelak…. )!!

Sebenarnya jugak, kami dah lama dengar atau terbaca pasal keenakan nasi ni kat blog kengkawan, tapi tak pernah terlintas pulak nak cuba…. entah nape ye….mungkin sebab namanya tak menarik kot…. dengar namanya je cam tak sedap je….. kih kih kih!!! ( Bolehhhh!!!! )

Hari mingggu yg lalu tetiba je teringat nak makan nasi ayam penyet ni, so kami pergilah JJCM ke sebuah restoran di Bangi….

Photobucket

… bila try, not bad jugak lah rasa dia… my son ngan my dotter suka this dishes….. Memang sejak azali lagi anak2 aku suka makan ayam goreng, kalau dishes yang seangkatan dengan ayam goreng ni memang kenelah dgn selera dia orang….

Photobucket

…  cam ni lah gruperr hidangan sampingan  nasi ayam penyet……. ada sup, ayam goreng krispi, tempe dan  tauhu goreng krispi serta ulam2 juga sambalnya…. Sambalnya sangat sedap, tapi bagi bg org yg suka pedas cam laki aku, sambal yang sebegini banyaknya ( cam dalam gambar ) adalah sangat tidak mencukupi….. siap culik sambal dari pinggan orang lain dengan tak malunya…. sedangkan dia tahu orang lain pun tak cukup sambal…..

Photobucket

Bil hari tu hanya Rm 28.00 sahaja ( 4 org makan )…. lepas makan kami pergi shopping kasut dan jam kakak anis di Jusco… sambil bawa sara jalan2…

Photobucket

… gambar terbaru sara ( usia 8 1/2 bulan )…. yang sangat lasak dan selalu buat kami pening kepala dgn kelasakannya… semasa gambar ni diambil sara meronta tak mahu di pegang…. kerana nak duduk sendiri macam orang lain….

Related Posts with Thumbnails

18 Responses to Makan Nasi Ayam Penyet, Bangi

  1. sara memang sentiasa comel! :)
    sedapnya tengok ayam penyet tu. saya pun pernah makan sekali je. hehe. :D

  2. yum yum :)

  3. Kak Wana dok Bangi ke? selalu gak makan kat Wong Solo, Bangi…sedapppp~

  4. Salam kak.. windu kt akak.. zura x nk tgk ayam penyet tu nk tgk Sara penyet yg comel tu je.. geram rasa nk gomol2.. hihihi..

  5. comelnya Sara…cubit sikit pipinya Wana , bagi dia nangis …uwaaaa! ha.. nasi ayam penyet ye… Kak Amie biasa makan di Tawau… supnya dia bubuh daun kemangi, lain sikit baunya tapi sedap! sambalnya pulak selalunya pedas menyengat!

    • salam amie… kita suka sup yg ada daun kemangi…. sedap! sedap!! sambal yg pedas menyengat pun kita suka…. tak dapatlah kita nak merasa nasi ayam penyet kat Tawau ye… jauh!!!

  6. just nk share jer..saya pn diajar olh kwn2 mkn nasi ayam penyet ni..sedapp..sambalnya mmg pedas..ayam pun lembut n sedap..cuba kunjungi restoran nasi ayam penyek sebelah tesco Semenyih..mmg sedap mkn kat situ..ada pakej..kalo pakej utk nasi ayam penyek RM8/seorang…

  7. Salam. Hi kak. kt mane ek akk mkn ns aym penyet ni. bangi ktner kenapa murah sgt ek? mkn 4 org RM28.00. termasuk airkan? sy biasanya mkn 2org je nak dekat RM30.00. dkt area Gombak.

    • salam lin…. restoran tempat akak makan ni restoran biasa je… bukan restoran exclusive cam wongsole @ ibu kartika tu…. pekej nasi dan air hanya rm 7.00 je… airnya teh o ais…… tempat ni dekat ngan retoran tupai2 bangi, dekat juga dgn shell, tapi restoran tu sebelah kanan…. ( dari kajang ). Nama dia Restoran ayam penyet simpang…. cam tu lah namanya…. tak berapa ingat sgt…

  8. hi wana…best baca blog u ni. mcm2 makanan ada. thanks for sharing esp. d recipe :)
    well..ayam penyet ha….not bad jugak rasa kat kedai yg u mkn ni. i pun pernah makan situ. tp best lagi wongsolo (walau mahal sket but i think baloi dgn yg kita makan).

    • salam EL…. wong solo memang best dan restoran tu terkenal dangan ayam penyet yg sedap!!! sesuai dgn harganya… anyway thank sudi singgah dan baca blog akak ni….

  9. salam…nak mencelah skit….. mmg sedap ayam penyet ni…akak nak share ya skit,kat bandung,ayam penyet ni menggunakan ayam kampung sahaja…resepi x dapat la nak kawat cam sbb rempah ratusnya pelik banyak…anyway rasa mmg umppph…lokasi,kat tingkat atas pasar baru bandung….thanks..:)

    • salam kak ayu…

      mmg resepi asal nasi ayam penyet dari sana…. kalau nak makan yg ori kenalah makan kat sana kan… hihihi…. bilalah saya dapat ke sana….lalu nak makan kena masak sendirilah nampaknya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>