Salam….
Ni hidangan makan malam kami…. mee berkuah seafood!! ….. hidangan simple yang selalu sangat saya buat!!!. Kalau saya rasa tak berselera nak makan nasi, saya akan masak mee ni lah yang saya masak utk famili….
Cara buat lebih kurang sama je dengan mee hailam tapi kuahnya saya tak letak tepung jagung…. just letakkan air stok udang je, ala2 mee sup gitu……
Resepi Mee Berkuah Seafood
1 bungkus mee kuning ( cuci dahulu mee untuk menhilangkan bau )
6 ekor sotong ( dibersihkan dan dipotong2 )
200 g udang ( di asingkan kulit dan kepalanya- )
sedikit fishball @ fish cake – dipotong2
1 liter air stok udang ( kepala udang di tumbuk2, direbus dan ambil stoknya ) – anggaran je… bgtg byk mana kuah yg di ingini.
1 biji buah tomato ( belah 6) – tak letak
1 paket cendawan tiram
bbp btg sawi – di potong2
secekak taugeh
daun ketumbar ( bahan tabur))
daun bawang ( bahan tabur)
5-6 biji cili api ( dititik)
4-5 ulas bawang putih ( ditumbuk)
4- 5 sudu besar sos tiram
1 sudu sos ikan – tak letak pun tak pe
sedikit lada sulah
minyak untuk menumis
bawang goreng
Cara penyediaan
1. Celur mee kuning, angkat dan hidangkan.
2. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan cili padi, sos tiram, sos ikan, lada sulah dan stok udang secukupnya. Masak hingga kuah mendidih.
4. Bila kuah mendidih, masukkan masukkan fish cake, seafood dan sayur-sayuran.
5. Sesuaikan rasanya dan bolehlah dihidangkan dengan mee kuning yang telah dicelur, bawang goreng, daun ketumbar dan cili jeruk atau cili potong.
* Anda boleh juga mencampurkan sekali dengan kuah semasa memasaknya jika anda suka!!. Tetapi saya tidak berbuat begitu. Saya mengasingkan kuah dengan mee bagi mengelakkan mee kembang dan tidak tahan lama. Bila masa hendak memakanya barulah saya mencampurkan dengan kuah!!





1 liter air stok udang ( kepala udang di tumbuk2, direbus dan ambil stoknya… wah ni ilmu baru ni..tqvm yaa
salam suzi….. akak suka masak mee ( tak kiralah mee goreng ke mee berkuah ke… ) letak air udang….. rasanya lebih best….
Salam……hubby akk suka sgt mee tp akk kurang suka. Ni simple je kan…..mls masak nasi, hidangkan mee.
meriahnya mee berkuah seafood… pertamanya, nak terkam udang dulu!
thanks amie…. sila lah terkam…..
ish tergoda tengok udang tu. mesti sedap ni
salam lya…. jangan tergoda….