Daging Goreng Kari Kering

Salam….

Ni lauk saya hari tu makan dgn sayur lobak putih….Bagi utk sesiapa yang terkejar-kejar masa macam saya, lauk ni paling sesuai…. kerana simple dan cepat siap serta tak makan banyak masa utk sediakannya….

Minta maaf lately saya lambat update dan lambat balas komen kerana masalah saya dalam proses pertukaran line Internet dari P1max ke streamix….

P1 dulu tak de masalah tapi sejak dah kami dah habis kontrek ni macam2 problem!!!…. selalu dapat panggilan dari P1 suh lami upgrade, kalau tidak, tak sampai hujung bulan line jadi slow kerana katanya dah melebihi kuota ( padahal kami dh upgrade bbp kali sampai bil jadi Rm 130.00….. takkan kaw nak suruh bil jadi rm 200.00 sebulan hanya utk line internet…. Bangang!!! )….. Kat umah aku pc cuma dua je…. dan apa sgtlah yg kami download tu…, melainkan blog, facebook, menggoogle dan download lagu2…. tak kan itu pun dah abis kuota!!!!…

Sakit hati sangat, kami tukar ke streamix bayar cuma Rm 100.00 sebulan…. Padan mu kaw!!!!… disebabkan ko banyak cekadak… hilang satu customer… ( Sorry tuan2 n puan2…. sekadar melepaskan perasaan gerammmmm!!! )

Photobucket

Ni…resepi nya…

Resepi Daging goreng kari

1/2 kilo daging lembu
1 sudu kecil penuh kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 ulas bawang putuh tumbuk halis
1/2 inci halia tumbuk halus
1 biji bawang besar ( potong )
cili padi / cili merah – dihiris
sedikit garam, gula dan sos tiram

Cara penyediaan

1. Gaulkan semua bahan kecuali sos tiram, bwg besar hiris dan cili hiris…..
2. panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan daging tadi…
3. Masak hingga daging empuk, baru masukkan bwg hiris dan cili hiris….
4. kacau hingga bawang dan cili layu, masukkan sos tiram…. sesuaikan rasa… bolehlah diangkat,,,

Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. suzi fauzi says:

    gelak baca geram gan P1 wimax tuh..padan muke dia ilang satu customer kan.. daging goren ni fav my doter, nanti bile la cubee..tqvm ya

Submit a Comment