Nasi Ayam Penyet

Sejak kami makan nasi ayam penyet dua minggu lalu, 2 kali kami pergi makan lagi kat sana, request dari my son. Tak sangka anak2 saya memang layan nasi ayam penyet ni…. ( sian kau nak!!…. mama tak tau selama ni korang suka nasi ayam penyet!!!… kalau tau, dah lama mama masak kan ayam penyet ni utk korangg….. )

Nampak gaya saya kena belajarlah masak nasi ayam penyet ni…. sebab  dah tau dah, mesti ada request dari anak nak makan lagi kat sana..

Hari ni dgn rajinnya saya bersilat kat dapur, masak nasi ayam penyet ni…. resepi main agak2 sendiri je…. sebab masa makan hari tu saya sambil makan sambil guest apa bahan2 kat dalam masakan tu…. sebab rasanya, nak buat tak lah susah sangat…

… tempe dan tauhu ni wajib… digoreng bersama rempah perapan ayam bersama sedikit tepung beras….

Tapi bab buat serdak tu nampaknya saya kena improvekan lagi sebab serdak buatan saya agak kasar2 … sedangkan serdak kat kedai nasi ayam penyet tu lebih halus lagi.

…. next time, kalau nak buat serdak halus kena cairkan sikit bancuhan tepung beras tu dan kalau masukkan dalam minyak panas, bancuhan tepung tak boleh taruh banyak2 nanti akan jadi besar2….ok, take notes!

Photobucket

… sup ayam buat macam biasa je….sama macam kita buat nasi ayam… Nasinya saya buat nasi biasa je…. next time boleh try nasi ayam bersama ayam penyet pulak…. hari ni tak de masa…..

Sambalnya pulak wajib taruh belacan….. sebab kalau makan sambal nasi ayam penyet kat restoran memang rasa sangat belacan dia….

Photobucket

Meh, layan resepi nasi ayam penyet ni, my first eksperimen!!!!!

Resepi Nasi Ayam Penyet

1 ekor ayam ( potong2 dan asingkan bhgn isi dengan yng bukan isi eg kaki, kepak, leher, tulang dada utk di buat sup )
1 keping tempe ( dalam peket )
4  keping tauhu
Tepung beras ( anggaran utk tabur pada ayam,tempe dan tauhu goreng )
Ulam2 ( saya guna kobis, kacang panjang, timun dll )

Bahan kisar
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam

( bahan kisar ini agak banyak dan nanti akan di gunakan utk memerap ayam, tempe, tauhu dan digunakan untuk membuat serdak @ kremes )

Cara Penyediaaan

1. Kisar bahan2 di atas bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan bahan perasa/kiub ayam yang dihancurkan.
2. Kemudian perap bahan kisar bersama bhgn ayam yg telah di cuci dan di bersihkan.
3. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk beberapa jam sebelum di goreng.
4. Untuk menggoreng ayam, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi kemudian goreng ayam seperti biasa.
5. Untuk tauhu, potong dua melintang, kemudian gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam tadi, masa nak mengoreng taburkan sedikit tepung beras dan lumur hingga rata. kemudian barulah di goreng seperti biasa.
6. Untuk tempe, potong 4 dan belah dua melintang, kemudian gaulkan dgn lebihan rempah perapan ayam. Masa mengoreng boleh tabur dengan sedikit tepung beras dan goreng seperti biasa.

…………….

Untuk sup

Bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk ( dipotong2 )

Untuk Tumisan
3 ulas bawang putih ( di tumbuk )
3 ulas bawang merah ( di hiris )
1 biji bawang besar saiz kecil ( ditumbuk )
1 inci halia ( di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih ( ditumbuk )
rempah 3 sekawan secukupnya ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga )
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup ( bahan tabur )

Cara membuatnya

1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air.
2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam, sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api….

…………….

Untuk Sambal

5-6 biji cili merah
secekak kecil cili padi ( boleh kurang jika tak suka pedas )
3 biji buah tomato – saya guna saiz besar
belacan bakar ( anggaran 1 1/2 inci )
1 sudu makan garam
2 sudu makan gula
1 -2 biji limau kasturi- ambil jusnya

Cara membuatnya

1. Kisar semua bahan diatas bersama sedikit air masak.
2. Sesuaikan rasa garam dan gulanya – bolehlah terus dihidangkan!!

……….

Bahan Serdak @ kremes

1 biji telur ayam
1 cawan air ( saya guna cawan kecil )
2 1/2  sudu penuh tepung beras
sedikit rempah perapan ayam tadi
sedikit garam

Cara membuatnya

1. Satukan dan kacau hingga sebati bahan2 diatas. Kalau bancuhan agak pekat tambah lagi sedikit air….
2. Panaskan minyak ( banyak ) dalam kuali….
3. Bila minyak dah panas… masukkan sesenduk kecil dan spread/tebar kan bancuhan tepung dalam minyak.
4. Cepat2 kacau dan goreng hingga kekuningan dan garing ( cruncy ).
5. Angkat menggunakan tos… dan buat hingga habis…

………

Untuk menghidang

Hidangkan nasi, tempe dan tauhu goreng, ayam goreng, ulam dan sup ( dalam mangkuk kecil ). Serdak @ kremes tu di taburkan kat atas ayam dan tempe/tauhu….. dan bolehlah menjamu selera….

Sekian…..

( fuhhhh!!! lenguhnya tangan ku menaip resepi…………….. )


Related Posts with Thumbnails

12 Responses to Nasi Ayam Penyet

  1. Wana…1st time tp nmpk 1st class la… sedap tuh…

    • Thanks Gee…. tak berapa pandai sangat sebenarnya… tapi setakat nak makan sendiri tu bolehlahh….

    • emm kalau layan ayam penyek mmg best….tu ari g makan kat manjalara kedai dia kecik je kedai makan Wira tom yam…ada 1 stall kecik jual ayam penyek,rasanya tu yg the best org makan …adalah try 2-3 kedai tapi tang ayam dorang tu kureng je,kat situ mmg sedap gila anak2 pun yo yo makan…

  2. mmm…yummeh…sambal nasi ayam penyek ni mmg best lah, kalau g makan mesti mintak xtra sambal..hehe

  3. Resipi nasi ayam penyet ni sama je mcm resepi ayam yg biasa.But,I’ll try it.Insya-Allah…

  4. pernah makan kat Tg Malim . Sedap nasi ayam penyet ni.

  5. Hai kak..even post akak ni dah lame, tp saye baru tengok..and saye baru buat..huhu..alhamdulilah first trial menjadi, termasuk la die punye kremes tu..tp nak bagi halus2, saye kacau dan senduk gune garfu..hasilnye memang tip top..

  6. salam kak… kt mna ye ayam penyet kt tanjung malim ni… mengidam nk makan . . tgk post akak ni terliur plak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>