Asam Pedas Melaka

Salam…

Adik2 saya ajak kami bercuti-cuti kat Melaka pada Tahun Baru Cina ni…. so kami plan lah nak makan kat Restoran asam pedas Melaka  di Kota Laksamana masa bercuti nanti…. Masa menggoggle cari tempat  makan terjumpa lah resepi ni… saya pun tiba-tiba terasa nak try masak dulu sebelum mencuba ‘the real asam pedas melaka’ nanti….

Sesekali best juga ubah selera asam pedas ni kan… tak le asyik2 masak asam pedas style Johor je….

ASAM PEDAS MELAKA ( sumber dari sini )

600 g ikan parang, terubok dll – saya guna ikan kembung
1 batang serai, dititik
4-5 tangkai daun kesum @ bunga kantan
1½ sudu besar asam jawa } campur utk
400 ml air } air asam
300 g kacang bendi – dihiris pangkal
60 ml minyak
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan Kisar:

15-20 tangkai cili kering – direndam
1 cm kiub belacan, dibakar
½ sudu teh jintan manis } disangai & ditumbuk dulu
½ sudu teh jintan putih }
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia ( saya tambah )

Cara membuat:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan ikan. Masak hingga mendidih.
3. Bubuh kacang bendi, garam dan gula. Kacau sekali-sekala.
4. Bila bendi lembut dan ikan masak, angkat dan hidangkan.

Photobucket


Related Posts with Thumbnails

11 Responses to Asam Pedas Melaka

  1. Selamat pagi Wana,
    asam pedas Melaka ni memang ada keistimewaannya yang tersendiri, pernah belajar dengan orang Melaka, pemilik restoran Sri Percik, katanya asam pedas Melaka mesti kuahnya berlinang-linang!

    • selamat pagi amie ku sayang….. Asam pedas melaka kuahnya mesti berlinang2 ya… makna kena tumis dgn minyak yg agak byk la ye…. tp saya ni kalau minyak kalau dah berlinang2 kat kuah tu mesti tangan gatal ambil senduk buang balik minyaknya tuh…. kih kih kih….

  2. asam pedas melaka x de taruk belacan yaa .. :) sy ingat tu rahsia sedapnyerr

  3. uihh cakap pasal asam pedas nih…feveret saya. Kalu gi melaka tu, bagi saya yg paling best kan Wana ialah sebelah hotel straits meridian tu. ada dua gerai sana…jgn gi yg ngadap bangunan tapi yg sebelah dia. the best asam pedas in the world. famili pun suka…dah hampir 15 thn duk makan sana hehehe. tambah pulak anak saya duk kat mrsm jasin so makin la selalu pegi. Anyway Wana thanks for being my follower tempoh hari kat blog saya http://www.blogmakanbest.blogspot.com Ehhh nak tanya skit u pakai camera brand apa amik pics kat blog nih nampak clear dan cantik

    • Papa-Ntiq> Thanks for your info… hari tu tak sempat nak cari tempat tu…. sebab rush sgt!!! so kami makan kat Restoran Adik Beradik…. tak taulah Restoran tu popular ke tak… tapi asam pedas dia boleh tahan jugakkk!! Nanti kalau turun Melaka lg nak try gak restoran kat tempat yg disebutkan tu….Thanks ye…

      Gambar2 tu kalau nak cantik gunakan lah kamera DSLR… tak kiralah brand apa pun as Canon, Nikon, Sony eg…. saya guna kamera DSLR yg paling murah je…. Sony Alfa 230 L….. beli ni masa mula2 keluar dulu…. sekarang ni keluar siri baru dan lebih canggih lg…. Kalau mampu beli yg mahal sikit pun tak pe…. puas hati tengok gambar yg kita ambil sgt cantik dan sharp!!!

  4. sukajalan-sukamakan

    Setuju dgn Papa-NtiQ antara asam pedas terbaik kat Melaka kat gerai sebelah hotel straits meridian tu (jgn confuse ada 2 gerai ada dua gerai sana…jgn gi yg ngadap bangunan tapi yg sebelah dia).

    Ada satu lagi Asam Pedas paling power kat Restoran Asam Pedas Selera Kampung dekat-dekat dgn Pahlawan Walk Market seberang jalan dgn Menara Taming Sari. Masak lomakpun terbaik jugak!

    • salam sukajalan-suka makan…. Fuhhhh…. mesti gi cari tempat ni…. ramai yg dah suggest tempat ni best!!! confirm best!!!!

  5. Ala ruginye lmbat tngok ur block aritu g Melaka x sempat nk mkn asam pedas!laen x nk g yg u all suggesttu!tq

    • salam jumee….
      Tak pe… boleh pergi lagi… next time kalau ke M’lka mesti cuba asam pedasnya yg popular….

  6. Salam dari Austin, Texas :)

    Saya mencari resepi ni dah lama, tak pernah masak Asam Pedas Melaka, bila duduk luar negara, kalau teringin kena la masak sendiri. Sis nak ucapkan terima kasih banyak2, rasanya betul2 sama dengan kedai kegemaran sis masa di Bkt. Antarabangsa lebih 10 tahun lepas. Bila balik kerja kat situ lah sis makan, tak pernah jemu. Hari ni sis masak dan rasa, betul2 kembalikan kenangan sis masa kat sana. Again, terima kasih for sharing the resipi :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>