Bandar Hilir, Melaka

Salam…

Berkesinambungan dari entri percutian ke Melaka lepas….. Pada hari ketiga kami menghabiskan masa seharian di Bandar Hilir, Kota A Famosa, Dataran Pahlawan, membeli-belah di Dataran Pahlawan Megamall, naik cruise di Melaka River Cruise serta makan2 di tepian sungai Melaka….

Sudah bertahun gak, saya tak menjejakkan kaki ke BandarHilir @ Banda hilir, Melaka…. Pesatnya membangun bandar Melaka ni kan…. Masa saya pergi ke kota a famosa masa zaman sekolah2 dulu belum ada semua facilities ni…. Anyways memang best sangat bercuti kat sini… Dan saya ┬árasa tak cukup puas kerana banyak lagi tempat yang kami tak sempat nak pergi…

Hari ni free sikit… saya upload kenangan2 masa bercuti lalu….

Photobucket

… Potret My baby, Sara…. cuaca sangat panas dan sara baru lepas minum air mineral untuk menghilangkan dahaga….

Photobucket

….Sedang shopping di galeri Heritage…. suka sangat shopping kat sini.!!.. banyak barang2 kraf, barang antik, kuih2 tradisional dll yg terdapat disini… Macam2 Ada tau!!! Saya juga sempat beli beg anyaman yang sangat cantik disini…

Photobucket

…. Kuih2 tradisional dan kerepek2…. confirm tak kebulur bila ke sini… sambil berjalan pun boleh mengunyah!!!

Photobucket

…Adik2 saya sedang pakat2 dengan abang beca!!…. kalau tak silap bayaran Rm 15.00 utk 2 org penumpang…. saya tak naik sebab cuaca terlalu panas… kesian kat Sara!!!

Photobucket

… Bawa sara naik bukit kat A Famosa… kat sini lebih selesa, cuaca panas tak terasa sebab tempat ni atas bukit… sentiasa berangin dan sangat nyaman….

Photobucket

… tempat ni masih tak berubah, masih macam dulu…

Photobucket

…Tak tau ni lubang apa… perigi kot… Orang campak duit syiling kat dalam ni…. sara dah merasa duduk kat atasnya… jangan jelesss…

Photobucket

….. ni pandangan dari atas….

Photobucket

… bergambar beramai2… entah bilalah nak kesini lagi….

Photobucket

…. Masa mula2 naik cruise punyalah excited bagai nak giler…. lepas 20 minit suasana terus jadi sunyi sepi dan mula rasa mengantuk… mungkin sebab terbuai2 oleh hayunan body boat….

PhotobucketPhotobucket

…si tecik Sara tengah ralik tengok air sungai dan pemandangan menarik di sepanjang sungai… Pengalaman menyusuri sungai Melaka adalah pengalaman yang sgt indah….hampir 45 minit tau duduk dalam boat ni…sangat2 puas!!! Bayaran naik boat ni hanya rm 10.00 ( dewasa), dan rm 5.00 ( kanak2 ).

….
Photobucket

….. sara bersama abangnya…

Photobucket

… bila perut lapar dan tekak dah mula terasa dahaga, kitaorg makan-makan sambil minum2 di tepian sungai Melaka… sambil menikmati pemandangan menarik…

Photobucket

… Nasi ayam saya snap dari pinggan my son…. sempat rasa sikit nasi ayam ni…. boleh tahan gak sedapnya…..

Photobucket

… bergambar lagi…..

Photobucket

… dinner dengan hidangan nasi dan asam pedas tetel di restoran2 berdekatan….. Ni my fav my hubby!!! bila singgah Melaka mesti carikkk asam pedas tetel…. Saya pulak first time makan asam pedas kat sini…. memang sedap dan terbaekkk lah!!!! ┬áPakej nasi + asam pedas tetel+telur dadar+ulam timun hanya rm 6.50….. sangat murah!!!

Photobucket

… masih lagi terbayang2 lagi kesedapan asam pedas tetel ni…. Confirm bila turun lagi ke Melaka mesti carikk asam pedas melaka….. next time nak try asam pedas ikan pulakkk….

Related Posts with Thumbnails

14 Responses to Bandar Hilir, Melaka

  1. Assalam wana bestnya banyak info insyaAllah cuti maulidur rasul saya nak ke sana,apa nama restoran asam pedas tetel tu ye?

    • salam mimi…. maaf mimi lambat balas komen mimi tu…. lately akak mmg sibuk dan tak de masa nak jengak blog…. baru ni je akak berkesempatan nak jengok2 blog ni…. banyak restoran asam pedas melaka yg best…. search je kat goggle utk cari tempat makan yg best2 kat melaka… akak pun tak biasa sgt, main terjah je kat restoran di depan mata sebab dah lapar… dan jalan masa tu sesak sgt sbb thn baru cina….nama restoran yg akak pegu tu kalau tak silap restoran adik beradik… ok jugaklah asam pedas kat situ…

  2. bestnye.. dah lama tak balik melaka.

  3. salam…anak2nya dah remaja,,,ibunya nmpak muda lagi,,,:)

  4. salam kak..wah bestnya jalan2.Melaka dah canti skrg kan.macam2 ada n banyak tempat menarik.saya pun dah laam x pi,sedap tul nampak asam pedas tetel tu..apa nama kedai dia kak? o ye..akak kata x leh follow blog saya ek..saya pun x pasti sbb apa t,nanti saya try check semula kot2 ada setting x betul..x apa kak kalau x jadi followers pun..tapi kalau sudi lagi suka hehe..malu pulak saya,maklumle baru belajar jadi blogger..hihi

    • salam siti aisya… nama restoran yg akak pegi tu restoran adik beradik…. akak tak berapa biasa sgt makan kat melaka ni…. main terjah kedai depan mata…. tapi ok jugak lah masakan dia….. tak pe next time akak try lagi…

  5. wsalam akak…mcm menarik btul asam pedas tetel tuh…mesti carik kalau singgah melaka lgik..

  6. salam kenal dari akak

    akak singgah tgk resepi kuah puding roti ekekek ;) TQ dikkk

  7. Bestnye pegi jenjalan kat Melaka! Ingat cuti baru-baru ni nak pegi tapi tak kesampaian.. Heee..

    Salam kenal. ;p

  8. Hi Wana….tengah blogwalk nih dan singgah sini nak baca post2 menarik Wana. ehhhh saya pun baru jer gi melaka minggu ni masa cuti thaipusam nengok anak saya…baru je download gambor2 makan kat http://www.blogmakanbest.blogspot.com ada 3 tempat makan yg saya review.
    Saya heran la Melaka tu kan…dari anak2 saya kecik duk dalam pram lagi sampai la jadi anak2 dara sunti masih excited bila gi melaka hehehe…jumpa lagi yaa Wana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>