Daging Goreng Kicap

Salam….

Dah lama saya tak mengupdate blog ni kan…. minta maaf sebab bila melawat ke sini tak ada entri terbaru…. saya pun baru berkesempatan menjenguk blog saya ni dek kebizian sikit…. komen2 yang belum terjawab, InsyaAllah akan saya jawab  kemudian…. harap uolls tak berkecil hati …

… daging goreng kicap ni saya masak sehabis simple sebab saya nak mengejar waktu… sangat sedaplah… makan dengan nasi panas2….. atau2 ratah je…..

Resepi Daging Goreng Berkicap

250 g daging ( jenis lembut )
1 biji bawang besar ( dihiris )
6 biji cili padi ( dipotong2 atau sebiji2 )
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
sedikit serbuk kunyit
secubit garam ( letak sikit sahaja… tak mahu letak pun tak pe sebab sos tiram dan kicap dah masin… )

Cara penyediaan

1. Daging yg telah dipotong2 dan dibersihkan di gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Satukan daging tadi, bawang besar yang telah dihiris, cili padi dan sedikit minyak masak di dalam kuali.
3. Kemudian masak hingga air daging tadi kering, dan goreng seketika….
4. Bila daging empuk masukkan kicap dan sos tiram… gaul hingga sebati dan angkat…

Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. chimidama says:

    Salam,

    Yang ini masakan paling simple dan senang..kalau tambah kentang lagi sedap..

  2. Gee® says:

    memang sedap…lebih2 lagi kalau belanja kekawan yg tgh lapor ni makan tghari kan…. heeee

  3. dee says:

    lapar teros tgk daging ni..huhu

  4. Papa-NtiQ says:

    bukak post nih kat opis time petang..lapor lak ish

  5. lugie says:

    sedhaaaap nye…..

  6. ~azatie~ says:

    salam k.wana.artie mintak izin copy resepi sup tulang kat blog akak ni ni.halalkn..& terima kasih

    • admin says:

      salam ate… thank ye sudi cuba resepi tu… akak pun dah lama tak masak sup tulang ni… nampak sedap masakan atie tu…

  7. ~azatie~ says:

    salam k.wana..minta izin copy resepi ayam kicap pedas ya.Terima kasih.
    Suka mencuba resepi2 yg ada kat blog k.wana,semuanya sdp2 belaka.

  8. Hidayah says:

    Salam kak,
    Saya dah try masak daging ni, sedap memang sedap, tapi agak kecewa sebab terpaksa guna kicap cair sebab susah betul nak cari kicap pekat kat area Sacramento ni. hari tu pergi ke kedai Vietnam pun tak jumpa jugak. Lepas tu lada dia saya letak 2 biji pun dah tersangat pedas, sampai hubby takleh makan. Waaaaaaa sedihnya. Tapi rasanya saya nak try lagi masak ni, cuma lepas ni nak kurangkan jumlah lada tu kepada 1 hahahaha. Mintak2 kali kedua punya attempt berjaya :)
    Terima kasih sebab akak selalu share resepi kat sini :)

  9. lina says:

    As Salam…mengancamsss nya daging nie….kecur : )

  10. amie says:

    Assalamualaikum Wana, lamanya menyepi… kita pun jadi rindu nih…harap sihat dan baik semuanya ye Wana.

    • admin says:

      salam amie…. Alhamdulillah … ada jugak org rindu kat kita…. saya sihat2 je amie…. saja nak berehat sekejap!!!! lagi pun sara ni tersangat lasak perlu perhatian lebih sikit!!! dan lagi satu saya sekarang dah pindah ke blog baru…. http://potretkasih2.blogspot.com/

      silalah singgah sini utk entry2 terbaru!!!

Submit a Comment