Ayam Panggang Serai

Salam…

Hari ni nak tayang ayam panggang serai yg saya masak tengahari tadi…. resepi ni sangat sesuai utk ibu2 sibuk bekerja atau yg tak bekerja tapi sibuk melayan anak kecil yg lasak macam sara marissa saya….

Masak ayam panggang ni lebih kurang je dgn masak ayam panggang yg lain… kisar bahan2nya kemudian, lumur je pada ayam… lepas tu bakar… sementara ayam masak bolehlah kita buat kerja lain… kan!!

Rasa ayam ni!!! menurut anak tekak saya resepi ni lebih sedap sikit dari ayam panggang halia yg pernah saya masak dulu2…. sebabnya ada rasa serai !!! memang serai ni dapat membantu menyedapkan rasa ayam…..

Ayam fresh from oven… panas2 lagi!!

Macam biasalah…. resepinya saya sertakan dibawah……




Resepi Ayam Panggang Serai


1/2 ekor ayam ( di bersihkan dan di kelar bhgn yang tebal isinya )
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2-3 batang serai
1 sudu makan lada hitam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan jus limau/cuka
1 sudu makan gula
1-2 sudu makan kicap manis
garam secukup rasa
perasa ( jika suka )
Kentang yang sudah direbus 3/4 masak
Butter @ sedikit minyak @ minyak zaitun

Cara  membuatnya…

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serai, lada hitam, serbuk kunyit, jus limau, kicap, gula, garam, perasa bersama dgn sedikit air.
2. Lumurkan pada ayam dan gaul rata pada keseluruh bhgn ayam.
3. Susun ayam dalam loyang pembakar bersama kentang.
4. Gaulkan juga kentang tadi  dgn bahan kisar tadi.
5. Sebelum bakar renjis2kan ayam dan kentang dengan butter @ minyak  supaya ayam tidak kering semasa dibakar.
6. Bakar ayam tsb selama lebih kurang 1 jam pada suhu 180 – 200  darjah celsius…..
7. Semasa bakar balik2kan ayam supaya ayam rata masaknya….
8. sedia utu dihidangkan…

Related Posts with Thumbnails

3 Responses to Ayam Panggang Serai

  1. Hai Wana,
    menarik resepi ayam panggang serai, bolehlah Amie cuba nanti… Amie dah cuba masak nasi ayam penyet ikut resepi Wana, sedapnya! Harum mewangi bau rempah perapannya, tapi tak lulus goreng kremes!

    • salam amie…
      thanks ya amie…..
      nasi ayam penyet tu ye…. mmg first time kalau goreng kremes tak berapa menjadi…. nanti kalau selalu buat kita boleh agak kepekatan bancuhannya tu…. kalau pekat kremes akan jadi kasar2… kalau nak kremes halus kena cairkan sikit adunan kremes tu….

  2. Salam,

    nampak sedap..kena cuba lah sebagai menu berbuka nanti..kdg2 sy ni main campak2 je perap ayam huhu..pernah juga buat perap dgn serai cuma kali ni nk cuba resepi yg proper mcm ni pula ;) ..Salam Ramadhan buat Kak Wana sekeluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>