Ayam Goreng Kunyit Daun Kari

Salam…

Juadah berbuka puasa semalam saya masak ayam goreng kunyit daun kari, makan bersama sayur campur dan telur dadar…. Iftar ketiga ni lebih besederhana… setelah dua hari makan makanan yg berlemak, semalam…. Resepi dari blog mat gebu!!! simple dan sedap!!!

Resepi Ayam Goreng Kunyit Daun Kari
sumber : Dapur Mat Gebu – DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong pada saiz sederhana
1 camca besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 ulas bawang putih tumbuk halus
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 tangkai daun kari, dilurut
1 biji cili merah, hiris – saya letak 6-8 biji cili padi dan masukkan sebiji2
1 biji cili hijau, hiris
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang serai, dititik

CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam dibersihkan, buang kulitnya, cucuk dengan garfu. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit, bawang putih tumbuk halus dan garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh). Perap dalam peti sejuk 1 jam (atau nak cepat tak payah perap, kalau perap lagi sedap).
Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng ayam tadi, guna api sederhana, tutup kuali dan biar ayam masak perlahan, jangan goreng garing sangat, biar dia lembap2. Angkat dan toskan.
Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak, tumis daun kari, bawang putih dan serai titik hingga harum, masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Goreng hingga layu. Masukkan ayam tadi, gaul rata dan matikan api. Boleh hidangkan..

Related Posts with Thumbnails

4 Responses to Ayam Goreng Kunyit Daun Kari

  1. sedapnya kak wana, boleh masuk list ni

  2. Pingback: Cerita Tentang Apa sahaja ? » Ayam masak kunyit

  3. Salam..harap admin boleh reply comment saya di post cucur udang dmin berkenaan dgn yis.tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>