Nasi Jintan Putih Dan Ayam Panggang Tairu Berempah

Salam…

Semalam masa selak2 folder resepi dalam my lappy terjumpa pula resepi nasi jintan putih dan ayam panggang tairu ni…… terus je terlintas nak buat….

Boleh tahan gak nasi ni…. memang tak mengecewakan…. selain dengan nasi jintan putih dan ayam panggang saya jugak buat acar timun mentah………. memang best!!!

Jom Layan resepinya… (  nampak sgt tak de idea nak tulis apa kan!!!! hahaha….)

.

Resepi Nasi Jintan Putih – Arabic style

2 cawan basmathi- cuci, rendam ngan garam selama 30 minit & toskan
1/4 cawan kismis
1/4 cawan mix vege
2 cmb minyak masak
1 cmb Ghee
1 kiub ayam
Air secukupnya sbb ikut jenis beras..

Bahan tumbuk/kisar
2 biji cardamom*
1/4 tsp cumin powder*
1/4 tsp Arabic mixed spices/ mix herb/rempah campur

Bahan Tumis
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga cengkih
1/4 tsp jintan putih/cumin (biji)

Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak dan ghee dalam periuk, masukkan bahan2  tumis dan masak hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk diikuti dengan kismis dan mix vege, goreng sebentar.
3. Masukkan pula beras dan goring hingga selama 1 minit dan msukkan air panas secukupnya.
4. Bila dah mendidih masukkan rose water jika suka dan gemburkan sedikit.
5. Tanak seperti biasa.
Hidangkan dengan ayam, salad/acar.
Selamat mencuba..

* saya titik kan sikit pewarna oren keatas nasi semasa nasi telah kering… tutup hingga nasi masak… masa nak menghidang gaul2kan nasi tersebut agar warna oren bercampur dgn warna asal nasi….

p/s…. tips utk masak nasi guna beras basmathi….. masa bubuh air tu lebihkan 1/2 inci paras air shj dari permukaan beras…. nasi tak akan lembik sangat!!!….

.
Resepi Ayam Panggang Tairu Berempah
Bahan2nya
1 ekor ayam-potong2, cuci dan bersihkan.
1 sudu teh mixed spices
1/2 sudu teh serbuk lada hitam/ black papper
1/2 cmt pelaga/cardamom powder
1/2 cmt kayu manis/cinnamon powder
1/2 cmt bunga laawang/anise seed powder
1/2 cmt jintan putih/cumin powder
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 biji bawang besar*-di blend bersama
1 cawan yogur/tairu
2 cmb jus lemon
Garam secukup rasa
Cara Menyediakannya

1. Perapkan ayam dengan semua rempah ratus, kecuali bahan* selama 3-4 jam atau semalaman, kalu nak pedas tambahkan sedikit cili powder.
2. Dalam kuali masukkan sedikit minyak kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih, halia hingga wangi.
3. kemudian masukkan tairu dan sedikit air. Saya taruh lebih sikit air utk kuah…
4. Bila dah mendidih masukkan ayam dan masak ayam hingga 3/4 masak.
5. Masukkkan garam, jus lemon, sedikit gula jika suka dan sesuaikan rasanya….
6. Angkat ayam satu2 letakan dalam loyang pembakar…. bakar hingga masak…
7. Kuahnya jgn dibuang…. hidangkan sekali bersama ayam panggang, nasi jintan serta acar….
Related Posts with Thumbnails

5 Responses to Nasi Jintan Putih Dan Ayam Panggang Tairu Berempah

  1. Assalamualaikum Wana,

    dah lama kita tk singgah sini…sihat ke??

    Salam ramadan buat Wana sekeluarga….selamat menjlnkan ibadah…moga diberi kesihatan dan kekuatan sempena dibulan suci ini…

    Nasi itu nampak sedap sekali…mmg selalu resipi dari blog Wana ini mmg tidak mengecewakan…pasti enak dn sedap sekali.Thks for sharing recipe.

  2. woww..menu arab lagi ye wana! aritu pn doc dh simpan resipi kabsa..arini nk kena simpan gak resipi nih..kami sekeluarga pun mmg tgh kemaruk makan menu arab..tp beli jer la..x pernah lg try homemade punyer..thnx for sharing ye wana!

  3. menyelerakan…tak sabar nak bukak posa..hehe

  4. thanks..boleh cuba resepi menu gaya arab nie..satu kelainan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>