Ikan Siakap Kukus…..

Lama betul saya menyepikan diri kan…. sampai rindu sgt dgn blog potret kasih ni….lately memang saya tak berapa berkesempatan nak beronline dgn blog sementelahan baru balik dari kampung sempena hari raya dan baru jugak meraikan majlis perkahwinan adik saya….

Hari raya dah nak sampai di penghujungnya…. sedih dan sebak pulak rasanya…. dah puas bergulai sana sini, saya terasa nak makan ikan siakap kukus pulak.. lauk ni lauk my family fav sampai bila2…… resepi mudah dan simple jadi pilihan kami!!!

Resepi Ikan Siakap Kukus

1 ekor ikan siakap sederhana besar
1 1/2 inci halia ( di potong2 )
1 biji tomato saiz kecil ( di potong dadu )
6 – 10biji cili padi ( di potong2 )
1 batang serai ( di hiris nipis )
2 – 3 batang daun ketumbar ( di potong2 )
2 sudu besar jus limau nipis
sedikit garam danĀ gula
serbuk perasa ( jika suka )
2 ulas bawang putih ( di tumbuk bersama dgn sedikit garam )
1 sudu makan sos ikan/nampla

Cara penyediaan

1. Ikan di bersihkan dan di kelar sedikit bhgn isinya, kemudian dilumurkan dgn bawang putih yg telah ditumbuk bersama dgn garam.
2. Letakkan ikan tadi diatas tray/ pinggan kukusan.
3. Taburkan halia, tomato, cili padi,serai, daun ketumbar, jus limau nipis, sos nampla, gula dan sedikit serbuk perasa jika suka diatas ikan.
4. Masukkan juga sedikit bahan2 yg telah di potong tadi ke dalam ruang perut dan kepalanya…..
5. Kukuslah ikan dalam periuk kukusan selama anggaran 20 – 30 minit ( ikut saiz ikan anda… )
6. Bila ikan dah masak bolehlah dihidangan dengan nasi panas…..

Related Posts with Thumbnails

8 Responses to Ikan Siakap Kukus…..

  1. Selamat hari raya kak wana…
    hmmm…siakap kukus…
    sedappp tu…

    • raya dah sampai penghujungnya… but masih boleh lagi nak berucapan beriringan dgn doa dari kak wana….. ikan siakappp!!! ermmm mmg sedappp !!

  2. salam lebaran & maaf zahir batin wat wana sekeluarga ye!

  3. selamat hari raya k.wana…
    sedap tgk siakap kukus tuh..adda pun sama dh puas dok makan gulai2..last2 skrg goreng ikan, sambal belacan sayur cmpur dh cukup..heheeh

  4. Salam, singgah pagi-pagi ni. Salam perkenalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>