Tart Gulung Nenas

Salam…

Syawal dah berakhir…. terasa sedih pulakk…..huhu… hari ni saya nak entri biskut tart nenas yg tak sempat saya entrikan minggu lalu…. buat cookis ni masa nak buat open house hari tu… bukan apa… kuih2 dah tinggal habuk… tak de biskut raya pulak nak dihidangkan pada tetamu… so saya buat lah sikit… jus nak timbulkan mood raya je…serta nak menghabiskan stok jem dlm petisejuk…

Sedap sgt tart ni…. sekejap je dah licin!!!! Actually saya byk koleksi resepi tart nenas dalam simpanan… ni adalah salah satu resepi yg sedap dan tak mengecewakan….


Resepi ni dari dapur Mat gebu….. memang terbaeklah…. sedap sgt…. kena dgn citarasa saya….. thanks ya CMG atas resepi yg sedap ni….

Resepi Tart Gulung Nanas.
( Sumber Mat Gebu )
BAHAN-BAHANNYA :-)
230 gram mentega berkualiti tinggi (saya guna brand SCS)
400 gram tepung gandum*
40 gram tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Inti nenas secukupnya, digentel sebesar duit 5 sen
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)

Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Mati kan mixer, ratakan adunan, dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.

Isi sedikit doh tadi dalam acuan tekan yang dipasang muncung tat gulung. Picit panjang hingga habis. Letak inti tadi dan gulung kemas2. Alih ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap.

Sapu kuing telur atas tat gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 – 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan tat dari oven dan biar 2-3 minit dalam loyang pembakar.

Alih atas jaringan dan biar sejuk, simpan dalam bekas kedap udara…

Related Posts with Thumbnails

6 Responses to Tart Gulung Nenas

  1. suka tart nenas…
    rasa nak makan lagi lak nengok tart nenas akak..he3

  2. kak..ai 2 iman penah wat tart bunge 2 tapi xjadik cz xtau nk gune acuan 2

    • Iman > tart bunga teratai tu ke…. boleh tengok kat blog kak ita masam manis ni…http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/07/tart-nenas-teratai.html

  3. Salam kak wana…atie minta izin copy resepi laksa asam@laksa penang.Halalkn ya.
    Terima kasih kak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>