Ayam Goreng Badam Bercili

Salam….

Agak lama saya menyepikan diri kan….sampai rindu sangat dgn blog potret kasih ni!!! ┬ámohon maaf kalau singgah kesini tak ada entri2 terbaru…. tugas2 harian saya ni menyebabkan, kadang kala saya tak sempat nak beronline …..

Ayam goreng cili bersama badam ni saya masak bersama hidangan nasi minyak ala kabsa dan acar timun… Hari ni anak2 semuanya cuti so saya masak lengkaplah sikit berbanding dgn saya masak hari2 biasa yg ringkas2 je…

Cara masak ayam ni actually macam ayam masak sambal kacang je… but saya just tukar kacang tanah tumbuk kepada badam kisar…. rasanya memang ada bezanya… rasa lemak2 dan tak de bau kacang macam ayam sambal kacang tu…. Resepi ni olahan saya sendiri hasil try and error kat dapur!!!

Resepi Ayam Goreng Cili Bersama Badam

1 ekor ayam ( potong2, di bersihkan dan ditoskan )
2 biji bawang besar ( ditumbuk/kisar )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk/kisar )
1 inci halia ( di tumbuk/kisar )
2 btg serai ( di ketuk2 )
2 sudu besar penuh cili kisar
2 biji tomato ( di kisar berasingan bersama badam )
10- 15 biji badam
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit ( utk di goreng bersama ayam )
minyak utk menggoreng dan menumis ayam

Cara penyediaan

1. Ayam digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam kemudian goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
2. Masukkan sedikit minyak masak kedalam kuali/ periuk kemudian tumis bahan2 yg telah ditumbuk ( bawang besar, bawang putih, halia, cili kisar dan serai ) hingga harum baunya…
3. Kemudian masukkan buah tomato yg telah dikisar bersama badam… kacau dan masak hingga pekat.
4. Sesuaikan rasa garam dan gulanya… jika kering boleh masukkan sedikit air.
5. Bila kepekatan dan rasanya dah sesuai bolehlah masukkan ayam…
6. Kecilkan api masak ayam tadi perlahan2 hingga pekat sikit… barulah diangkat dan dihidangkan…

Related Posts with Thumbnails

2 Responses to Ayam Goreng Badam Bercili

  1. Pingback: Nasi Kabsa, Ayam Goreng Badam Bercili Dan Acar Timun | Potret Kasih

  2. wahh sedap la sis resepi ayam ni…nk try way jgak la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>