Nasi Kabsa, Ayam Goreng Badam Bercili Dan Acar Timun

Salam…

Awalnya nak masak nasi hujan panas… tapi bile check kat dapur tak de pulak pewarna bewarna merah dan hijau… yg ada pewarna oren je… so bila tengok2 rempah kabsa tu masih ada lagi so saya masak je nasi kabsa ni….

Rempah kabsa ni boleh buat sendiri resepinya ada kat bawah ya… kalau nak beli yg ready made pun ada jual kat mana2  pasaraya besar…. saya biasa buat sendiri je, sebab bahan2nya mudah dan dah ada kat dapur…

.

.

Nasi kabsa kali ni saya tak guna beras basmathi…. saya guna beras siam shj…. caranya sama je spt resepi di bawah, cuma kena lebihkan air sedikit…

Bukan apa saja je nak try guna beras siam sama ada ok ke tak… pada saya tak best sgt…. tak boleh tandingi beras basmathi jugak…sebab guna beras basmathi ni lebih sedap dan lembut samada panas atau sejuk…

Kalau guna beras siam ni bila panas rasa dia sedap… tapi bila dah sejuk nasi akan jadi keras sikit…

.

.

Hidangan sampingan yg saya masak bersama nasi kabsa adalah ayam goreng badam bercili dan acar timun dan karot… Resepi Ayam goreng badam bercili boleh tengok sini…. dan  resepi acar timun pula boleh tengok di sini.

Resepi nasi kabsa ni dari Arabic bites tapi telah di ubahsuai sikit…. saya letak resepi asal tetapi yang telah saya ubah suai tu boleh tgk kat versi saya ok… terpulanglah nak ikut mana2…

Resepi Chicken Kabsa ( adapted from Arabic Bites )

6 keping dada ayam ( sy letak 2 kpg shj… sebab sy dah asingkan ayam utk masak lain )
1 inci halia – ditumbuk halus
1 sudu makan lada hitam biji- di tumbuk@serbuk lada hitam
minyak zaitun + minyak sapi
3 cawan beras basmathi ( saya guna beras siam )
4 1/2 cawan air @ air stok daging – saya lebihkan sikit sebab beras siam guna lebih air… )
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh garam
1 kiub ayam/ daging
1 sudu makan rempah kabsa
pewarna oren

Cara penyediaan

1. Lumurkan sedikit garam, halia yg telah ditumbuk dan serbuk lada hitam pada kepingan ayam.
2. Panaskan minyak zaitun bersama 1 sudu minyak sapi di dalam kuali non stik kemudian masukkan ayam.
3. Goreng seketika ayam tadi sehingga di luarnya agak kekuningan. Kemudian ketepikan.
4. Cuci bersih beras basmathi kemudian masukkan dalam rice cooker.
5. Masukkan 4 1/2 cawan air, garam, rempah kabsa, kiub ayam/daging, serbuk kunyit, ayam yang telah di goreng bersama minyak2nya sekali ke dalam beras basmathi.
6. Masaklah nasi seperti biasa.
7. Titikkan dengan pewarna oren apabila nasi telah kering airnya.
8. Kacau dan tutup sehingga nasi tadi betul2 masak.
9. Bila nasi telah masak, hidangkan denga sos salata Hara.

Versi saya

saya tumis minyak sapi tu bersama halia, lada hitam, sedikit bawang merah dan bawang putih hiris (tak de dlm resepi saya tambah sendiri ) dan rempah kabsa hingga wangi, kemudian masukan kepingan dada ayam yg telah dipotong2, air ( secukupnya utk masak nasi )dan serbuk kunyit… masak hingga mindidih dan  gunakan lah stok ini utk masak nasi dalam rice cooker seperti biasa….

—–

Resepi rempah Kabsa ( sumber : Arabic bites )

Bahan2nya
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili – saya skip
1 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh cengkih
1 sudu teh  biji buah pelaga
1 sudu teh jintan kasar + jintan manis
1 sudu teh serbuk halia/ fresh halia

Cara penyediaan.

* Kisar atau tumbuk bahan2 diatas hingga lumat dan hancur, bila dah hancur bolehlah digunakan sebagai rempah utk buat masakan kabsa.

—-

Related Posts with Thumbnails

3 Responses to Nasi Kabsa, Ayam Goreng Badam Bercili Dan Acar Timun

  1. Salam, sis. Tak pernah lagi makan nasi kabsa, macam nasi beriyani rupanya ya.. mesti sedap…. nyummmm..

    Sis, sy minta izin, sy ada google imej cucur udang dan sy jatuh hati dengan gmbr sis. Sy minta izin utk siarkan dalam blog sy (errrr.. dah post baru minta izin, maaf ya) sy juga ada masukkan link dr mana gbr tu. Kalu sis keberatan, sy akan keluarkan balik gbr tu, hrp bagi respon ya, t.ksh)

    http://sariyusa.blogspot.com/2012/10/roti-jala-dan-kisah-cucur-udang-dan.html

  2. SALAM.. SEDAP SUNGGUH NAMPAKNYA JUADAH NASI KABSA TERSEBUT.
    MENYELERAKAN. TAK SABAR RASANYA NAK CUBA MASAK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>