Salam…..
Masih mood menggulai…. Daging gulai kawah nama diberi!! but saya tak masak kat dalam kawah pun….. saya masak daging ni dalam periuk shj!!! Memang best makan dengan nasi panas2 bersama ulam timun dan sambal belacan… Sangat rekemen this recipe to uoollllsss utk dicuba………
Eh… kita tiba2 tak de idea nak tulis apa…. layan resepi je lah ye…
Resepi saya ambil dari blog mat gebu… yg asalnya dari buku Chef Hanieliza bertajuk ‘Senangnya memasak siri Daging’. Thanks to chef n Mat Gebu kerana kongsikan resepi yg sedap ini…
Daging Gulai Kawah
Sumber : Chef Hanieliza/ sumber cnp : Mat Gebu )
Bahan-bahannya
500 gram daging
2 camca besar kerisik
2 cawan santan pekat – saya ganti dgn susu cair
2 camca besar gula melaka
2 keping asam gelugor
3 biji kentang, belah 8 setiap satu
1 biji cili merah, belah dua
1 biji cili hijau, belah dua
Garam secukup rasa
Bahan utk dikisar halus
20 tangkai cili kering, gunting dan rendam dalam air panas
1 camca besar penuh rempah kari daging
1 camca makan rempah gulai darat – saya tambah
1 camca teh jintan manis
1 canca teh jintan putih
7 biji bawang merah
1 biji saiz sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
Bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara membuatnya
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan juga rempah kari, tumis hingga terbit minyak. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut. Tuang sedikit air.
2, Bila mendidih masukkan kentang, santan, asam gelugor, gula melaka dan juga kerisik, kacau dan masak hingga kentang empuk dan kuah pekat.
3. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Tambah belahan cili hijau dan merah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan bersama nasi putih….






Salam kak =)
menariknya blog akk ni…tambah2 lagi bila tengok gambar-gambar masakan tu…
gambarnya cukup menarik..
TQ dear…. harap tak serik singgah sini….