Lasagna



Salam…

Selamat berhujung minggu…. Cuti2 ni mungkin ramai yang mengambil peluang jalan2 bawa famili makan angin kan …But hari ni kami tak kemana2…. just lepak2 kat rumah je…. so hari ni saya mengambil kesempatan masak lasagna request dari my dotter……

Actually banyak gak resepi2 lasagna kat internet ni jika kita rajin menggoggle… saya pun tak tahu mana satu resepi yg the best… but saya masak je ikut resepi kat bawah ni… resepi ni hasil dari olahan dari  resepi2 lain termasuklah dari myresipi. Saya olah resepi yg baru kerana saya tak dapatlah nak ikut bulat2 resepi diaorang sebab ada je bahan yg tak ada dalam dapur saya…

So hasilnya memang tak mengecewakan…. nampak panjang je resepi lasagna ni kan..tapi sebenarnya masak lasagna adalah paling senang dan sangat sedap!! Anak2 confirm suka….


Lasagna yg belum dibakar… tinggal nak bubuh white sos dan keju parmesan/ chedar parut shj…

Jom layan resepi…

Resepi lasagna

Beberapa keping lasagna ( rebus dulu atau rendam dalam air panas seketika – bila lembut angkat dan ketepikan.) atau boleh guna Instant lasagna tak perlu rebus – boleh terus guna.

Utk Sos tomato dan daging kisar
300g – 400g daging kisar ( saya letak 400g )
1 tin sos prego
1/2 cawan sos cili ( saya guna dalam botol – sebarang brands boleh di gunakan-)
1/2 cawan sos tomato ( saya guna dlm tin )
1/2 – 1 tin cendawan butang – optional ( saya letak 4-6 biji cendawan butang segar - dipotong kecil2   )
2 biji bawang besar ( potong dadu )
2 ulas bawang putih di tumbuk halus
sedikit rempah Italian herb/ mix herb for pasta@pizza
sedikit serbuk lada sula @ lada hitam
sedikit minyak zaitun utk menumis

Untuk Sos putih
2 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar dalam kotak  (@ susu cair yg telah dicampur sedikit air pun boleh jugakk)
sedikit serbuk lada sulah
sedikit kiub ayam ( optional ) – saya tak letak
2 keping keju chedar

air utk adjust kepekatan sos – kalau sos pekat sangat boleh tambah air
* Kalau tak nak guna sos putih boleh juga guna keju ricotta yg dicampur dgn italian herb dan 1 biji telur (boleh klik kat sini ) atau boleh ganti dgn sos cendawan berkrim ( buat sendiri atau guna je sos cendawan dalam tin kalau agak2 malas..).

Bahan tabur

keju chedar parut/ keju parmesan ( jumlahnya bergtg atas  kita nak letak byk mana… lebik byk lebih sedap)

Cara penyediaannya

1. Untuk sos tomato/daging kisar, masukkan sedikit minyak dalan periuk, kemudian tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi kemudian masukkan daging kisar.

2. Masak seketika anggaran 10 minit kemudian masukkan sos prego, sos cili dan sos tomato.

3. Masukkan cendawan butang, italian herb, serbuk lada sula dan sedikit garam. Bila kuah agak pekat, sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat. Ketepikan dahulu…. sos jangan terlalu pekat biar dia berkuah sikit.

4. Untuk sos putih pula…Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.

Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.

5. Kemudian masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Bila dah pekat sikit bolehlah  padamkan api.

6. Sediakan bekas tahan panas 4 segi/caserole, sapukan atau butter di keliling mangkuk tahan panas tersebut.

7. Spreadkan layer pertama dgn daging kisar ( nipis2 je…. ), kemudian susun lasagna hingga menutupi kuah , kemudian tuangkan daging kisar sekali lagi …..tuangkan sos putih pula hingga menutupi daging tadi, kemudian  taburkan parmesan/chedar parut, kemudian susunkan lasagna, buat hingga 3 @ 4 lapis…

8. Bhgn atasnya mesti lapisan daging kisar, sos putih dan seterusnya keju chedar parut. Sos putih taruh lebih sikit supaya lasagna tu basah dan terendam dgn kuah.

9. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)

10. Bila telah masak bolehlah dihidangkan….

Related Posts with Thumbnails

5 Responses to Lasagna

  1. Sedappnyaaaaa…. habislah diet i minggu ni!!

  2. sedapnyaaa….terlior k.gee dibuatnya

  3. kalau masuk dapur Wana memang tak mengecewakan… ada saja menu menggamit selera yang terhidang! Taklah balik dengan mata kosong he he he hehhh

  4. tgk pics dah terliur nie…menarik… :)

  5. salam kak…sedap jer tgk lasgna tu….tp buat masa skrang ni x boleh lg nak buat sbb tgh berdiet nih…ha ha ha….tp fiza cilok akak punya resepi ikan siakap stim tu…nampak sedap ja…tgk fedback pun semua kata sodap….t/hari ni mmg nak buat siakap stim nih…he he he

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>