Pengat Labu

Salam….

Pengat labu saya buat sebab nak menghabiskan labu yg masih berbelen masa buat sira labu yg lepas…. kebetulan kat rumah saya ada tetamu nak datang… dapatlah saya sajikan pengat labu ni sama teh o panas kepada tetamu saya tu!!

SONY DSC

Jom, layan resepi!!!!…. ( nampak sangat tak de Idea…… )

Resepi Pengat Labu

1/2 biji labu
1 kotak santan ( yg besar )
100 g gula merah ( anggaran 2-3 sudu besar )
2 sudu besar gula pasir ( boleh tambah @ kurangkan ikut cita rasa atau bergantung juga atas byk mana kuahnya )
secubit garam
daun pandan
1 sudu tepung gandum yg telah di campur dgn sedikit air utk pekatkan kuah ( optional )
2 sudu besar sagu/sago biji ( direndam dulu hingga kembang )

Cara penyediaan

1. Masukkan labu, santan, air, gula melaka yang sudah dicairkan dengan air dan daun pandan kedalam periuk yang sedang besarnya.

2. Dengan api yang sederhana kecil, rebus labu hingga empuk dan masukkan garam secukup rasa sambil selalu di kacau2 agar santan tidak berketul.

3. Masukkan sago sedikit demi sedikit dan gaul rata hingga lah pengat mendidih.

4. Kemudian masukan tepung gandum yg telah dibancuh tadi dan gaul rata… sesuaikan rasa mengikut citarasa…

5. Padamkan api dan siap untuk dihidang.

Related Posts with Thumbnails

2 Responses to Pengat Labu

  1. Selamat tahun baru 2013 Wana.
    Lama tak makan pengat labu. Dulu masa ada hayat MIL, selalu dia buat pengat labu, dibubuhnya segenggam pulut ke dalamnya….. tapi kita tak pernah buat seperti itu lagi.

    • salam amie…

      Selamat tahun baru gak amie…. oo your MIL pun sula letak pulut gak ya… samalah…. my MIL pun suka letak pulut bila buat pengat… but wana pun jarang buat cam tu….selalu buat biasa2 aja…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>