Sira Labu


Salam…

Saya buat sira labu buat minum petang semalam…. Saya memang jarang sangat buat sira labu ni… sebab ia manis sangat dan makanan yg manis2 ni tak berapa digemari di rumah saya…

But masa masak sira labu ni saya cuba kurangkan gulanya… kesihatan perlu diutamakan juga kan…. lebih2 lagi pada peringkat umur yg macam saya ni….


Resepinya paling senang…. main tabur gula pada labu lepas tu masak atas api!!! Gula pun saya tak letak banyak… sebab kalau diikutkan memang sira labu ni kena letak gula yang agak banyak…. sesetengah org tu letak hampir 1 kilo gula utk sebiji labu yg besar… Fuhhhh!!! bagi saya ia terlalu banyak!!!!!

Saya guna gula yg sikit… menjadikk juga so mengapa harus membazir gula kan!!!!

But saya faham kenapa sira labu ni mesti terlalu banyak gula… salah satu sebabnya sebab nak bagi sira tu tahan lebih lama (biasanya bila ada kenduri kendara diaorang masak sira labu supaya tahan lebih lama so diaorg letak lah gula yg agak banyak)… ┬ákalau bubuh gula sikit memang sira labu tak tahan lama atau cepat basi…..

Resepi Sira Labu

1 biji Labu sederhana
2 senduk gula pasir ( ikut saiz labu… kalau labu besar lebih sikitlah… )
2 senduk gula merah/ Brown sugar
secubit garam
sehelai daun pandan
1/2 cawan air

Cara2nya…

1. Potong2 labu berbentuk dan cuci bersih…. saya biarkan sahaja kulitnya supaya ia tak lembik sangat masa nak makan.

2. Masukkan Labu tadi dalam periuk…

3. Taburkan gula pasir, gula merah, 1/2 cawan air, daun pandan dan didihkan diatas api

4. Bila mendidih… balik2kan ┬álabu agar gulanya rata….

** kalau nak kopek kulitnya kena rendam labu tu dengan air kapur terlebih dulu lebih kurang dalam 1 jam…supaya labu tadi tak terlalu lembik dan mudah patah atau hancur bila sudah di masak…..

*** kalau tak mahu rendam dengan air kapur masak je dgn kulit2nya!!!

Jemput makan ye…… Bismillah….

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>