Sambal Ikan Bilis, Lada Hiris Bersama Petai

Salam….

Hari ni saya nak entri lauk pembuka selera yg sangat mudah dan simple….. My MIL bagi kami seikat petai masa kami dtg kerumahnya hari tu… saya cadang nak buat sambal tumis ikan bilis petai…. tapi tahap kerajinan nak menyambal tu tak berapa ada ….

At last buat sambal mudah ni aja utk pembuka selera makan…. bila dah layan lauk ni ter ‘over’ ¬†selera lah pulakk… sangat layan sampai tak pandang lauk lain… ¬†hihihi….

Resepi sgt mudah dan senang…. main campak2 je…. 5 minit dah siap!!!…

Sambal Ikan bilis, Lada hiris Bersama Petai...

100 g ikan bilis goreng
1 biji bawang besar
2-3 papan petai
8 – 12 biji cili padi hiris ( atau 2 – 4 biji lada merah @ lada hijau )
sedikit gula
sedikit garam
sedikit air

Cara Penyediaan

1. Tumis bawang besar dan cili yang telah dihiris hingga layu.
2. Masukkan ikan bilis goreng, gula dan sedikit garam….
3. Kalau agak kering boleh masukkan sedikit air..
4. Last sekali masukkan petai… kacau seketika, sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat…

selamat mencuba…

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>