Ikan Siakap Kukus

Salam…

Hari ni tiba- tiba nak makan ikan siakap kukus….   lama rasanya tak masak ikan ni… kalau masak ikan kukus saya suka sgt guna resepi dari dapur dyg jack ni… memang best!!

Kalau hari ni tuan puan nak masak ikan siakap kukus sila cuba resepi kt bawag ni ya… mesti layan sgt…

Resepi ikan kukus ni lebih kurang sama je dgn resepi yg lepas2…

Resepi Ikan Siakap Kukus

Ikan Kukus/Stim ( Sumber : Dapur Dayangjack )

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis2
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) – optional
  • sedikit salted vegetable (dihiris) – optional – tak letak
  • saya tambah sedikit hirisan karot
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris) – saya ganti dgn daun ketumbar
  • Cara-cara

    1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
    2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
    3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
    4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
    5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
    6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

    Related Posts with Thumbnails

    2 Responses to Ikan Siakap Kukus

    1. salam perkenalan…nak tanya selain siakap ikan ape yg sedap buat steam ya…ikan ape yg tak hanyir..slalu mkn kat kedai je takut nak buat sendiri takut hanyir. . ikan kembung boleh ke…

      • salam zaza…
        Utk ikan kukus akak selalu guna ikan siakap, kerapu, kachi, bawal dll…. selalu ikan yg di gunakan utk kukus ni isinya lembut dan tak hanyir… walau pun dah sejuk tapi isi ikan tak akan mengeras…
        kalau ikan kembung akak tak pernah kukus… rasanya tak berapa sesuai sgt!! akak selalu goreng atau masak gulai @ asam pedas je….

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>