Ayam Masak Kicap Santan

DSC_3201aaa

Salam…

Apa khabar semua…. saya doakan semua sihat2….. hari ni saya masak menu ulangan….Ayam masak kicap bersantan….

Ayam ni lebih kurang sama je dgn masak kicap yg lain cuma saya bubuh santan je supaya lebih lemak sedikit!!!

Ayam masak kicap ni kalau nak tahan lama seelok2nya  tak perlu bubuh santan… cukup sekadar bubuh kicap dan sedikit air je… Kalau letak santan memang tak boleh disimpan lama sebab cepat basi… kenalah habiskan lauk tu cepat2!

Bagi saya sama ada ayam kicap biasa atau bersantan, kedua2nya pun sedap…….Kadang2 anak tekak saya ni gatal sikit… nak rasa sesuatu yg lain sikit….

…..

DSC_3225aa

….

Resepi Ayam masak kicap Bersantan
.
1 ekor ayam ( dibersihkan dan di potong2 )
1/2 – 3/4 cawan kicap manis ( anggaran saja, boleh kurang atau tambah ikut kesesuaian )
1 inci lengkuas ( di kisar )
1 inci halia ( dikisar )
1 labu bawang besar (dikisar )
2 – 3 batang serai ( di potong dan dikisar )
4-5 ulas bawang putih ( di kisar)
5-10 biji cili kering ( di kisar )
1/2  sudu kecil jintan kasar ( di kisar )
1/2 sudu kecil jintan halus ( dikisar )
1 sudu kecil biji ketumbar ( dikisar )
1 sudu makan lada putih ( di tumbuk / dikisar )
1/2 cawan santan pekat
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
.
Cara penyediaan

1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. kemudian goreng semua ayam dengan minyak penuh hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis semua bahan tumbuk atau kisar hingga wangi kemudian masukkan kicap manis, santan dan sedikit air.
3. Masak seketika kuah kicap tadi hingga  kuahnya  mendidih.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masak seketika, sesuaikan rasa dan boehlah diangkat.
** jika suka boleh masukkan cili padi sebiji sebiji dalam ayam kicap….
…..

DSC_3236aa

Related Posts with Thumbnails

3 Responses to Ayam Masak Kicap Santan

  1. salam kak..
    Dah lama betul saya tak masak kicap… tengaok akk masak ni terus je teringin….

  2. mmg terbaik la kak….anak2 fiza paling suka masak kicap…=)

  3. puan …..saya nak share la resepi ni nampak sedap aja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>