Ayam Kicap Pedas

DSC_7279aa

Salam….

Lamanya saya tak update blog…. sampaikan saya hampir terlupa password nak masuk blog ni… huhu sian sungguh blog ku ini…. terpinggir, sampai tuan punya tanah hampir tersesat masa nak masuk kesini….

Apa2 pun terima kasih buat pengunjung blog saya yg masih setia datang kesini walaupun tuannya dah jarang2 mengupdate… lepas ni kita berusaha lah dgn gigih mengupdate blog ni ya….

Ni resepi kita hari ni…. resepi selalu saya buat dan simple je…. sesuai utk dijadikan menu harian….

Ayam Kicap Pedas

1 ekor ayam ( potong2 n bersihkan )
1 batang serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 -10 biji cili kering ( potong n rendam )
1 -2 biji tomato
1/2 cawan kicap manis

sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
minyak utk menggoreng

Cara

1. Ayam di gaul bersama garam dan serbuk kunyit kemudia digoreng hingga masak…. jangan garing sgt ok nnt ayam jadi keras… bila dah masak, angkat n ketepikan.
2. Kisar semua bahan2 diatas kecuali kicap dan ayam….
3. Masukkan sedikit minyak dan tumislah bahan2 kisar hingga kering airnya,,,
4. Masukkkan kicap manis dan sedikit air ( bergantung nak byk mana kuah… kalau nak pekat letak air sikit shj …. sy letak sikit shj) kemudian masak hingga mendidih.
5. Bila dah mendidih masukkan ayam yg telah digoreng tadi…
6. Masak lah seketika ayam tadi kedalam kuah kicap dan sesuaikan rasanya….
7. Bila dah cukup pekat kuahnya bolehlah diangkat….

Sekian…. n selamat mencuba…

Related Posts with Thumbnails

5 Responses to Ayam Kicap Pedas

  1. Assalamualaikum wana…yumyum…klu hayam mmg peberet anak2 ni x kira mask ape terutama hayam msk kicap…

  2. Nampak Macam sedap la~! Nak juga~~! : Love it!

  3. saya masih bujang..saya harap bakal isteri saya pandai la memasak,,,amin..

  4. Kelihatannya sedap
    Terima kasih atas resepnya :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>