Author Archives: admin

Gulai Tulang Ikan Masin Kurau

DSC_3160aa

Salam…

Dah agak lama menyepi dan baru hari ni tergerak nak mengupdate blog…. tuan tanah sebenarnya sedang bercuti panjang… dan entah bilalah nak aktif berbelog macam dulu….

Apa2 pun saya memasak seperti biasa dgn masakan ulangan…. nak masuk belog pun rasanya tak perlulah kerana dah selalu sgt kan takut bosan dgn masakan yg dah selalu sgt keluar kt belog….

Untuk kali ni saya memasak  gulai ikan masin ikan kurau yg saya beli di Mersing tahun lalu…. tersadai lama di petisejuk at last berjaya jugak mengulainya dgn resepi yg simple2.

Resepi Gulai Ikan Masin Kurau

250 g tulang ikan masin rendam  semalaman dan toskan
1 kotak santan ( 200g )
sedikit gula
1 keping asam gelugur

Bahan kisar

6 – 10 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang  besar
2 biji bawang putih
1 btg serai
1 biji tomato

Cara Penyediaannya

1. Satukan semua bahan2 di dlm periuk/ kuali
2. Masak dgn api perlahan dan dikacau2 selalu hingga mendidih
3. Masak lah beberapa lama ( dlm 10 minit lagi ) hingga ikan betul2 masak dan lembut
4. Last sekali sesuaikan rasa… garam gula nya… dan bolehlah dihidangkan…

**jika suka boleh masukkan sayur2an spt terung, belimbing buluh, mangga muda dll…. tapi saya asak kosong shj

Ayam Bakar Serai

DSC_7157aa

Salam…

Hari ni saya agak malas nak memasak… tapi terpaksalah masak sebab anak2 nak makan… so puas jugak saya fikir nak masak apa yg simple dan mudah  so at last saya pilih resepi Ayam Bakar Serai….

Mula2 saya kisar bahan2nya lepas tu saya lumur bahan kisar ni pada ayam…. perap sebentar…. kemudian bakar dalam oven….

DSC_7167aa

Nilah hasilnya setelah dibakar… kisar, lumur, perap n bakar…. simple sgt… yg baru belajar masak resepi ni sgt sesuai…

Yg dah pro memasak resepi ni tak sesuai… sbb diaorang kena masak yg lagi advance ok….. hihihi…

DSC_7179aa

Masa nak menghidang potong2kan ayam ni dan tuangkan kuah pada ayam…. resepi simple tapi sedap… cuba jgn tak cuba tau…

Ni bahan2…

1 ekor ayam potong 4 ( cuci n toskan )
Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas ( tak de boleh skip )
2 biji tomato
1 biji bawang besar
2 – 3 biji cili merah
1 sudu makan rata garam
2 sudu makan gula
sedikit perasa jika suka
sedikit lada hitam

Caranya Kisar semua bahan2, lumurkan pada ayam, perap seketika n bakar 45 – 1 jam….pada suhu 200 darjah celsius… jangan lupa lepas 1/2 jam bakar balikkan ayam ok supaya masaknya sekata…

itu sahaja… bye…

Ayam Kicap Pedas

DSC_7279aa

Salam….

Lamanya saya tak update blog…. sampaikan saya hampir terlupa password nak masuk blog ni… huhu sian sungguh blog ku ini…. terpinggir, sampai tuan punya tanah hampir tersesat masa nak masuk kesini….

Apa2 pun terima kasih buat pengunjung blog saya yg masih setia datang kesini walaupun tuannya dah jarang2 mengupdate… lepas ni kita berusaha lah dgn gigih mengupdate blog ni ya….

Ni resepi kita hari ni…. resepi selalu saya buat dan simple je…. sesuai utk dijadikan menu harian….

Ayam Kicap Pedas

1 ekor ayam ( potong2 n bersihkan )
1 batang serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 -10 biji cili kering ( potong n rendam )
1 -2 biji tomato
1/2 cawan kicap manis

sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
minyak utk menggoreng

Cara

1. Ayam di gaul bersama garam dan serbuk kunyit kemudia digoreng hingga masak…. jangan garing sgt ok nnt ayam jadi keras… bila dah masak, angkat n ketepikan.
2. Kisar semua bahan2 diatas kecuali kicap dan ayam….
3. Masukkan sedikit minyak dan tumislah bahan2 kisar hingga kering airnya,,,
4. Masukkkan kicap manis dan sedikit air ( bergantung nak byk mana kuah… kalau nak pekat letak air sikit shj …. sy letak sikit shj) kemudian masak hingga mendidih.
5. Bila dah mendidih masukkan ayam yg telah digoreng tadi…
6. Masak lah seketika ayam tadi kedalam kuah kicap dan sesuaikan rasanya….
7. Bila dah cukup pekat kuahnya bolehlah diangkat….

Sekian…. n selamat mencuba…

Related Posts with Thumbnails