Bercuti

Bandar Hilir, Melaka

Salam…

Berkesinambungan dari entri percutian ke Melaka lepas….. Pada hari ketiga kami menghabiskan masa seharian di Bandar Hilir, Kota A Famosa, Dataran Pahlawan, membeli-belah di Dataran Pahlawan Megamall, naik cruise di Melaka River Cruise serta makan2 di tepian sungai Melaka….

Sudah bertahun gak, saya tak menjejakkan kaki ke BandarHilir @ Banda hilir, Melaka…. Pesatnya membangun bandar Melaka ni kan…. Masa saya pergi ke kota a famosa masa zaman sekolah2 dulu belum ada semua facilities ni…. Anyways memang best sangat bercuti kat sini… Dan saya  rasa tak cukup puas kerana banyak lagi tempat yang kami tak sempat nak pergi…

Hari ni free sikit… saya upload kenangan2 masa bercuti lalu….

Photobucket

… Potret My baby, Sara…. cuaca sangat panas dan sara baru lepas minum air mineral untuk menghilangkan dahaga….

Photobucket

….Sedang shopping di galeri Heritage…. suka sangat shopping kat sini.!!.. banyak barang2 kraf, barang antik, kuih2 tradisional dll yg terdapat disini… Macam2 Ada tau!!! Saya juga sempat beli beg anyaman yang sangat cantik disini…

Photobucket

…. Kuih2 tradisional dan kerepek2…. confirm tak kebulur bila ke sini… sambil berjalan pun boleh mengunyah!!!

Photobucket

…Adik2 saya sedang pakat2 dengan abang beca!!…. kalau tak silap bayaran Rm 15.00 utk 2 org penumpang…. saya tak naik sebab cuaca terlalu panas… kesian kat Sara!!!

Photobucket

… Bawa sara naik bukit kat A Famosa… kat sini lebih selesa, cuaca panas tak terasa sebab tempat ni atas bukit… sentiasa berangin dan sangat nyaman….

Photobucket

… tempat ni masih tak berubah, masih macam dulu…

Photobucket

…Tak tau ni lubang apa… perigi kot… Orang campak duit syiling kat dalam ni…. sara dah merasa duduk kat atasnya… jangan jelesss…

Photobucket

….. ni pandangan dari atas….

Photobucket

… bergambar beramai2… entah bilalah nak kesini lagi….

Photobucket

…. Masa mula2 naik cruise punyalah excited bagai nak giler…. lepas 20 minit suasana terus jadi sunyi sepi dan mula rasa mengantuk… mungkin sebab terbuai2 oleh hayunan body boat….

PhotobucketPhotobucket

…si tecik Sara tengah ralik tengok air sungai dan pemandangan menarik di sepanjang sungai… Pengalaman menyusuri sungai Melaka adalah pengalaman yang sgt indah….hampir 45 minit tau duduk dalam boat ni…sangat2 puas!!! Bayaran naik boat ni hanya rm 10.00 ( dewasa), dan rm 5.00 ( kanak2 ).

….
Photobucket

….. sara bersama abangnya…

Photobucket

… bila perut lapar dan tekak dah mula terasa dahaga, kitaorg makan-makan sambil minum2 di tepian sungai Melaka… sambil menikmati pemandangan menarik…

Photobucket

… Nasi ayam saya snap dari pinggan my son…. sempat rasa sikit nasi ayam ni…. boleh tahan gak sedapnya…..

Photobucket

… bergambar lagi…..

Photobucket

… dinner dengan hidangan nasi dan asam pedas tetel di restoran2 berdekatan….. Ni my fav my hubby!!! bila singgah Melaka mesti carikkk asam pedas tetel…. Saya pulak first time makan asam pedas kat sini…. memang sedap dan terbaekkk lah!!!!  Pakej nasi + asam pedas tetel+telur dadar+ulam timun hanya rm 6.50….. sangat murah!!!

Photobucket

… masih lagi terbayang2 lagi kesedapan asam pedas tetel ni…. Confirm bila turun lagi ke Melaka mesti carikk asam pedas melaka….. next time nak try asam pedas ikan pulakkk….

Melaka Wonderland Theme Park….

Salam…
Masih penat!. Kami baru balik bercuti2 ke Melaka pada tahun baru Cina lepas… Dalam masa 3 hari 2 malam banyak gak tempat kami pergi, salah satunya Melaka Wonderland theme Park and Resort. Biasalah pergi beramai2 dan bawa anak2 mesti cari tempat yang ada air kan….

Anyways Bercuti ke Melaka bagi saya memang sangat2 best… cuma pergi masa hari raya cina rasanya tak berapa sesuai kerana jalan raya sesak….. dan ramai sangat orang.

Photobucket
So masa nak bermain2 ke theme park ni pun anak2 merungut kena beratur panjang…. Sara ( 9 bulan 1 minggu) pun tak melepaskan peluang mandi tau!! Seronok sangat kan Sara busyuk mama!!! ( pssstttt!!! rambut dia tokak sikit baru lepas kena potong… sangat2 susah nak potong rambut dia… baru pegang sikit rambut dia dah meronta2…. sebab tu le gruper rambut dia macam tu…)

Photobucket

Masa mula2 sampai anak2 bersemangat berkobar2 nak mandi dan main air….. bila sampai je cuaca mendung…. tetiba hujan turun lebat… punyalah cuak!!!

Photobucket

…. Nasib baik reda juga akhirnya… hati anak2 berbunga2 kembali!!! Rezekilah… dapat mandi!!

Photobucket

….. antara yang turut sama mandi manda… Bayaran masuk ke sini Rm 30.00 ( dewasa )…… Sangat meriah sebab byk aktiviti yg management arrange kan… antaranya, tarian singa, persembahan Maskot, tarian poco2, chicken dance dll.

Photobucket

… my sister and my daughter…..

Photobucket

…. my brother, Atoi!!

Photobucket

….. si tecik Sara  pun bukan main seronok dapat main air…..mandi sampai tertidur….. cian tau dia….

Photobucket

….. Ni gambar selepas bangun dari tidur….badan dah segar dah boleh aktif macam biasa… sempat posing bila nampak mamanya nak ambik gambar!!!

PhotobucketPhotobucket

… Ni gambar muka2 yg tak join mandi, dah mula bosan!!! apabila mereka2 yang tengah mandi tu tak mahu naik2!!!

PhotobucketPhotobucket

… My daughter and my mother….. ada iras2 tak cucu dengan nenek!!!

PhotobucketPhotobucket

Gambar my adik ipar sedang pujuk anak yang tengah nangess sebab tak mahu naik dan mintak pakai baju mandi balik…. selepas mandi ingat nak cari port baik  utk makan2, tapi masing2 perut dah kebulur, so kat parking lot pon jadikkk!!! juadah kami masa ni adalah nasi lemak dan sandwich sardin….. time2 lapar macam ni juadah tu sangat2 menyelerakan!!!

Photobucket

… selepas tu kita orang ke pantai Klebang….. makan2, dan beli belacan, cincaluk dan ikan masin….

Photobucket

… kalau nak beli belacan dan cincaluk beli lah kat sini ( di sepanjang jalan menuju ke pantai klebang ) sebab jauh lebih murah…. saya dah terkena beli belacan ( saiz besar ) di bandar Hilir dgn harga rm 12.00 sedangkan sini ( belacan yang sama ) hanya rm 5.00. Tapi tak menyesal beli ikan kering kat sini…. ikan kering kat sini sangat sedap dan tak berapa masin…. menyesal pulak beli sikit!!!

Makan Mee Udang Pulau Pinang

Salam….

Hari ni saja nak tayang mee udang masa kita pegi bercuti2 kat Penang minggu2 yg lalu….  Masa nak cari tempat makan ni sempat google2 kat tenet kat mana mee udang terbaik dan sedap kat Penang ni…..

Banyak gak tempat yg best, salah satunya kat Ayu mee udang kat Teluk Kumbar ni…. kami pergi agak lewat dalam kul 12.00 malam. … anak2 tak ikut… cuma ibu2 dan bapak2  serta baby2 je…banyak gerai/restoran mee udang di sekitar situ dah tutup… naseb baik kedai ni bukak…. langkah kanan!!!

Photobucket

… masa mula2 mee sampai cam ni gruper dia…kita konfius sikit….. siap sound kat kakak tu…. ” kak!!! kami order mee udang bukan mee rebusss… dah salah hantar ni…. ”

Kakak tu jawab ” nilah mee udang!! “….. laki aku wat muka blur….. sebab tak nampak sekor udang pun kat mee tu…

lepas tu baru kakak tu bunyi….” udangnya ada kat bawah mee tu…. ” sambil senyum2.

Oooo main sorok2 pulak udang ni ….

Photobucket

…. lepas kacau2 mee… baru nampak udang….sempat kira…lebih kurang dalam 4 ekor udang besau2 kat dalam mee tu…. Udangnya sangat fresh dan manis…. rasa mee udang kan sini pun sodap tau…. harga sepinggan mee udang ni dalam rm 12 hinggit je…

Photobucket

…. yg ni mee goreng udang… saya snap dari pinggan my biras, kak Ja…… sempat rasa sikit…. boleh tahan jugak… sedap!!.. Udang nya dalam 2 @ 3 ekor je….

Photobucket

…. Yg ni nasi goreng udang saya snap dari pinggan my hubby….  my hubby ni elergi seafood… tak mau kalah gak nak makan udang tu…. dah cakap kat dia… pas2 lah udang besau tu kat pinggan kita…sebab awak tu elergi… tapi degil tau! nak makan gak….

besoknya dapat habuan… kena cirit birit… sebab perut tak dapat nak terima!!!! tulah lain kali kalau makan seafood kena tolak seafood kat pinggan bini tau…. ingat tu!!!!

Photobucket

… ni lah ahli kluarga belah laki kita…. yg tengah bergosip2 tu ibu mertuaku…..

Photobucket

Sara masa ni tengah tidur… kita angkut gak dia masuk dalam kete… sebab nak makan mee udang punya hal… Relaaa you!! rugilah…. dah sampai Penang kalau tak merasa mee udang memang rugi…. bukan senang nak ke sini lagi tau… mata saya pun masa ni dah merah menyala sebab mengantukk…

Utk anak2 kat rumah kita tapau nasi goreng udang je…. Bil hari tu dalam rm 200++………

Alamat kedai ni…

Restoran Ayu Mee Udang.
936B , Lengkok Kg Masjid Satu,
Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
Tel : 04-6493881
H/p: 012-4652823

Related Posts with Thumbnails