Category Archives: Dessert

Pulut Mangga

DSC_5843aa

Salam semua pembaca blog saya yg dikasihi…

Dah agak lama saya tak mengupdate blog ni kan…. rasa dah bersawang dan bersemak samun kerana tuan tanah dah lama tak kemari menjengok blog… hehehe….

Maaf ya sebab banyak komen2 yg belum saya balas…InsyaAllah saya akan balas perlahan2… harap dapat bersabar….  InsyaAllah mulai saat ni tuan tanah akan lebih rajin mengupdate blog walaupun resepi biasa2 aja…. sejak akhir2 ni tuan tanah agak kurang memasak… kalau memasak pun yg simple2 je… takut nanti u’ollls jemu pulak kang tengok resepi yg sudah diulang tayang… hihihi.

Berbalik ttg pulut mangga ni sebenarnya ni first time saya makan dessert ni… dessert ni mudah je nak buat dan saya cuba nak buat sendiri…. not bad rasa dia…  dan saya sudah mula suka akan rasa dia…lebih2 lg kalau makan dengan mangga yang sangat manis dan bergas … fuh…. mmg laju je makan….

Tapi kalau nak sedap lagi simpan dulu dlam peti sejuk baru lah lebih kaw!!

Resepi cam biasa kt bawah ya…. saya masak pulut versi tanak…. sebab malas nak keluarkan peralatan mengukus…. sememangnya saya suka cara yg simple dan mudah….

DSC_5839aa

Resepi Pulut Mangga.
Sumber : Potret Kasih

4-6 biji mangga masak
3 cawan/pot  beras pulut ( sy rendam 1 jam )
100 g santan pekat
4 1/2 cawan/pot air utk menanak pulut.. ( saya guna sukatan spt memasak beras basmathi )
secubit garam

Cara penyediaan

1. Cuci bersih beras pulut yg telah direndam tadi…. kemudian masukkan kedalam periuk.
2. Masukkan air, garam dan santan kedalam periuk yg berisi dgn beras pulut…
3. Masak lah seperti masak nasi biasa tetapi guna api sederhana dan selalu kena kacau2 kan pulut dgn garfu  supaya rata masaknya dan pulut tidak melekat pada dasar periuk….
4. Bila telah kering kecilkan api dan tutup periuk selama 10 minit… kacau lagi supaya rata dan tutup periuk dan masak selama 10 minit lg….. buatlah begitu sehingga pulut tadi benar2 masak dan tidak berkerak…

Untuk sos santan

200 g santan pekat/ kotak
1 liter air ( anggaran 1 jag kecil  gitu )
1 sudu besar penuh tepung jagung/tepung gandum – ayak ya…
secubit garam
1 sudu besar penuh @ lebih gula pasir ( ikut kemanisan yg dingini… tp tak perlu manis2 sgt…. manis2 buah je… sebab nanti mangga dah manis…. )
1 helai daun pandan…

Cara penyediaannya..

1. Satukan je semua bahan dalam periuk… kemudan kacau rata…
2.  Kemudian masak atas api sederhana….
3. Sentiasa kacau2 kan kuah sehingga mendidih dan pekat…
4. Bila pekatnya dah sesuai bolahlah dihidangkan dgn pulut dan hirisan buah mangga….

Pengat Labu

Salam….

Pengat labu saya buat sebab nak menghabiskan labu yg masih berbelen masa buat sira labu yg lepas…. kebetulan kat rumah saya ada tetamu nak datang… dapatlah saya sajikan pengat labu ni sama teh o panas kepada tetamu saya tu!!

SONY DSC

Jom, layan resepi!!!!…. ( nampak sangat tak de Idea…… )

Resepi Pengat Labu

1/2 biji labu
1 kotak santan ( yg besar )
100 g gula merah ( anggaran 2-3 sudu besar )
2 sudu besar gula pasir ( boleh tambah @ kurangkan ikut cita rasa atau bergantung juga atas byk mana kuahnya )
secubit garam
daun pandan
1 sudu tepung gandum yg telah di campur dgn sedikit air utk pekatkan kuah ( optional )
2 sudu besar sagu/sago biji ( direndam dulu hingga kembang )

Cara penyediaan

1. Masukkan labu, santan, air, gula melaka yang sudah dicairkan dengan air dan daun pandan kedalam periuk yang sedang besarnya.

2. Dengan api yang sederhana kecil, rebus labu hingga empuk dan masukkan garam secukup rasa sambil selalu di kacau2 agar santan tidak berketul.

3. Masukkan sago sedikit demi sedikit dan gaul rata hingga lah pengat mendidih.

4. Kemudian masukan tepung gandum yg telah dibancuh tadi dan gaul rata… sesuaikan rasa mengikut citarasa…

5. Padamkan api dan siap untuk dihidang.

Sira Labu


Salam…

Saya buat sira labu buat minum petang semalam…. Saya memang jarang sangat buat sira labu ni… sebab ia manis sangat dan makanan yg manis2 ni tak berapa digemari di rumah saya…

But masa masak sira labu ni saya cuba kurangkan gulanya… kesihatan perlu diutamakan juga kan…. lebih2 lagi pada peringkat umur yg macam saya ni….


Resepinya paling senang…. main tabur gula pada labu lepas tu masak atas api!!! Gula pun saya tak letak banyak… sebab kalau diikutkan memang sira labu ni kena letak gula yang agak banyak…. sesetengah org tu letak hampir 1 kilo gula utk sebiji labu yg besar… Fuhhhh!!! bagi saya ia terlalu banyak!!!!!

Saya guna gula yg sikit… menjadikk juga so mengapa harus membazir gula kan!!!!

But saya faham kenapa sira labu ni mesti terlalu banyak gula… salah satu sebabnya sebab nak bagi sira tu tahan lebih lama (biasanya bila ada kenduri kendara diaorang masak sira labu supaya tahan lebih lama so diaorg letak lah gula yg agak banyak)…  kalau bubuh gula sikit memang sira labu tak tahan lama atau cepat basi…..

Resepi Sira Labu

1 biji Labu sederhana
2 senduk gula pasir ( ikut saiz labu… kalau labu besar lebih sikitlah… )
2 senduk gula merah/ Brown sugar
secubit garam
sehelai daun pandan
1/2 cawan air

Cara2nya…

1. Potong2 labu berbentuk dan cuci bersih…. saya biarkan sahaja kulitnya supaya ia tak lembik sangat masa nak makan.

2. Masukkan Labu tadi dalam periuk…

3. Taburkan gula pasir, gula merah, 1/2 cawan air, daun pandan dan didihkan diatas api

4. Bila mendidih… balik2kan  labu agar gulanya rata….

** kalau nak kopek kulitnya kena rendam labu tu dengan air kapur terlebih dulu lebih kurang dalam 1 jam…supaya labu tadi tak terlalu lembik dan mudah patah atau hancur bila sudah di masak…..

*** kalau tak mahu rendam dengan air kapur masak je dgn kulit2nya!!!

Jemput makan ye…… Bismillah….

Related Posts with Thumbnails