ikan

Ikan Siakap Sweet Sour Daun Limau Purut

Salam…

Pernah makan ikan masak sweet sour taruh daun limau purut tak…. not bad lah rasa dia… rasa ikan sweet sour tu, seperti sweet sour biasa je tapi harum daun limau purut tu membangkit selera… rasa dia ala2 paprik gitu…

Yummy tau… lebih2 lagi ikan siakap tu dapat yang fresh…. Manis dan soft je rasa isinya…. Kalu makan, mak mertua lalu pun tak perasan!!!

Oh ya.. hari ni besday saya tau….kui kui!!!! tengah fikir nak masak apa hari ni!!! ( utk makan petang atau malam…. )  Ingat nak buat spesel sikit nak jamu anak2!!!… tu pun kalau sara ok dan tak meragamlah…. kalau sara tak ok, sy masak simple2 je…..

Resepi Siakap Sweet-Sour
Adapted from Haneliza FP

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Saya tambah
3-4 helai daun limau purut ( di potong atau disiat sedikit )
sepotong karot ( hiris memanjang ) – boleh taruh sayur lain spt jagung muda, kobis bunga dll
sedikit kicap
sedikit sos ikan

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendideh.
5. Masukkan juga  daun limau purut cili potong, garam dan gula.
6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yg telah digoreng tadi.
7. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Ikan Siakap Goreng Bercili

Salam…

Ikan siakap bercili ni versi malas… tak de hiasan cantik2 ya!! masak ni pun cuma nak makan je… tak cadang nak masuk blog… tapi entah napa last2 minit tergerak pulak nak ambil gambar…. tu pun 2, 3 keping je……

Sekarang ni saya bulan terakhir pregnant… rasa tak larat betullah!! masak pun jarang2… Kalau masak  sejenis lauk pun rasa dah tercungap2… InsyaAllah baby saya akan lahir 2 @ 3 minggu lagi…. doakan untuk saya ye….

Resepi Ikan Siakap Bercili

1 ekor ikan siakap
2- 3 sudu tepung jagung
sedikit garam, gula
3 sudu sos tomato/sos cili

Bahan kisar

6-12 biji cili kering ( potong2 dan rendam ) – ikut kepedasan yang diingini
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia

Cara penyediaan

1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam kemudian lumurkan pula dengan tepung jagung.
2. Goreng ikan tadi kedalam minyak penuh hingga masak dan sedikit garing.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Untuk sosnya, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan sos cili/tomato dan sedikit air…
6. Sesuaikan rasanya bolehlah ditutup api.
7. Tuangkan kuah keatas ikan yang telah dihidang dalam pinggan….


Ikan Kurau Gulai Lemak Cili Padi Bunga Kantan

Salam…

Lama betul saya tak update blog ni… Tq pada semua visitor yang masih melawat blog Potret Kasih ni walaupun tak ada entri baru…

Ikan kurau ni dah lama gak saya memasaknya… tapi baru berkesempatan nak update… Actually Masak lemak ni ada dua cara…  satu cara bahan2nya ditumis dengan minyak dan satu cara lagi tak perlu ditumis. Bagi saya tetapi pilih cara nombor 2… saya lebih suka santannya dimasak begitu saja bersama rempah dan ikan tanpa ditumis… kerana ia lebih sihat.

Resepi Ikan Gulai lemak

1 ekor ikan kurau  ( di potong2 dan dibersihkan) – apa2 ikan pun boleh digunakan
1 labu bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih -kisar
1 inci halia – kisar
10 biji cili api – kisar
1 inci kunyit hidup – kisar
1 -2 keping asam gelugur ( bergantung pada saiz )
200 g santan pekat ( sy guna dalam kotak )
Air secukupnya
1 kuntum bunga kantan ( dipotong )
garam

Cara penyediaan

1. Satukan bahan kisar, ikan dan air. Masak atas api sederhana hingga mendidih.
2. Masukkan santan, asam gelugur, bunga kantan yg telah dihiris… masak lagi dan kacau selalu agar santan tidak pecah…
3. Bila ikan masak sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Related Posts with Thumbnails