Category Archives: Kuih muih

Jemput-jemput Pisang

Salam….

Ni hidangan minum petang kami…. makan cekodok pisang ni dengan air teh o panas memang best!!!!

Actually masa buat tak tengok resepi…. main campak2 dan godak je!! Resepi kat bawah pun main ingat2 je… so kalau you all buat boleh lah edit2 sikit ikut citarasa…

Resepi Jemput2 pisang

4 -6 biji pisang masak dilecek ( saya guna pisang berangan )
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan gula ( bole tambah atau kurang ikut cita rasa )
secubit garam
2 sudu kecil baking powder
air secukupnya…

Cara penyediaan

1. Pisang lecek, tepung gandum, garam baking powder dan telur disatukan.
2. Gaul adunan tadi sambil dimasukkan air sedikit2 hingga adunan tidak terlalu cair dan sesuai untuk dibentukkan atau diceduk dengan sudu.
3. Goreng dengan api sederhana, kaup dan balikkan, jika sudah masak bolehlah diangkat.

Kek Batik Coklat

Salam…

Kek batik ni saya buat masa birthday saya hari tu… dah banyak kali makan tapi ni first time saya buat… dulu2 masa kat tempat kerja, office mate saya suka bawa kek ni, dan sayalah orang yg paling suka makan kek ni…

Kek ni paling simple dan mudah nak buat… tapi masa saya masak atas api tak cukup pekat menyebabkan kek saya ni lambat beku dan susah sikit nak dipotong… Anyways rasanya tetap heavennn….

Kek Batik Coklat

Resepi : Myllla@myresepi.
Bahan2nya ( utk berat 1 kg )
200gm millo ( saya letak 2 cawan metrik )
250gm butter
3 sudu makan serbuk koko
1 tin kecil susu pekat manis
biskut marie secukupnya

Cara membuatnya

1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali…
3. Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
4. Seterusnya masukkan serbuk koko…. gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul lagi….
5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman…. potong dan siap untuk dihidangkan…

Cucur Udang Resepi Bonda

Salam…

Masa balik kampung hari tu saya sempat mengintai mak saya buat cucur udang… saya pun tak pernah buat cucur udang style ni… selalu saya buat yg biasa2 je… tapi yang ni cucur udang special dan biasanya cucur udang style ni utk jualan atau meniaga sahaja…. bukan senang nak dapat resepinya tau. Resepi ni pun mak saya dapat dari restoran tempat dia kerja dulu…….

Dulu mak saya pernah bekerja di sebuah restoran dan banyak jugaklah resepi2 kuih muih yang dipelajari termasuk kuih cucur udang… Saya tanya mak saya boleh tak resepi ni saya share kat blog saya…. mak saya kata boleh dan mengangguk… Sayang kat mak!!!… mak saya memang tak kedekut ilmu tau!!! Kalau tanya dia resepi apa2 ringan je mulut dia bercerita…. di sini saya kongsikan resepi tu…

Gaulkan tepung gandum ( 1 1/2 kg ), yis mauripan ( 2 paket kecil ), garam, bawang merah/besar yang telah di blend ( anggaran 1 senduk penuh), sedikit pewarna @ serbuk kunyit bersama  sedikit demi sedikit air sehingga texture nya seperti dalam gambar… gaul rata sehingga tepung dan yis tadi naik.

Ini resepi basicnya… kalau anda suka boleh taruh taugeh, karot atau kucai utk lebih berkhasiat… tapi mak saya tak taruh sayur masa cucur udang ni dibuat… Lagi satu resepi ni quantitinya agak banyak… so silalah anggarkan sendiri kalau nak buat dalam jumlahyang sedikit….

Setelah naik panaskan minyak… ambil sedikit adunan tepung kedalam senduk, ratakan, letakkan udang diatasnya… kemudian masukkan dalam minyak panas… bila cucur telah sedikit garing keluarkan ia perlahan2 dengan menggunakan sudip…. bila cucur telah masak bolehlah diangkat dan di  hidangkan bersama kuah lada….

Sambil duduk bersembang, sambil ngap cucur udang ni… Memang sedap bila makan panas2….

Related Posts with Thumbnails