Macaroni Berkuah Daging Dan Cendawan

DSC_3012aa

Salam….

Hari ni terasa agak malas nak makan nasi……. so saya masak  pasta/makaroni berkuah daging dan cendawan buat mengisi perut kami sekeluarga…

Sos nya dari yg readymade brand kimble…. biasanya utk sos pasta saya guna brand prego… tapi kali ni saje nak try brand ni ok ke tak… bagi saya brand ni ok jugakk… rasanya pun boleh tahan dan harganya agak murah…

Cuma, brand kimbel ni sosnya tak berapa merah macam prego…. tapi bagi saya ok je… yg penting rasanya sedap!!!next time boleh guna yg ni je utk masak pasta…

DSC_3023aa

Macam biasalah… ni resepi yg saya gunakan…

Resepi Macaroni Berkuah Daging Dan Cendawan

Bahan2nya
1/2 paket kecil Macaroni
2 paket daging cincang
10 biji cendawan fresh shitake/butang ( di potong2 )
1 botol sos Spagethi Kimbal
2 – 3 sudu besar sos cili
1 biji bawang besar ( di cincang )
2 ulas bawang putih ( dicincang )
Keju parmesan ( parut/serbuk )
serbuk lada sulah
sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan air dalam periuk… Bila sudah mendidih masukkan pasta… dan celur sehingga pasta lembut….. angkat dan hidangkan dalam bekas hidangan….
2. Untuk sosnya…. masukkan sedikit minyak dalam kuali /periuk kemudian tumis bawang besar dan bawang putih yg telah dicincang hingga layu…
3. Kemudian masukkan daging kisar. Masak seketika sehingga daging empuk…
4. Masukkan sos spegethi , sos cili dan sedikit air… jumlah air  bergantung byk mana kuah yg kita mahukan… jika suka berkuah byk letak air lebih sikit.
5. Masak sos sehingga kepekatannya sesuai dgn citarasa kita… masukkan sedikit lada sulah dan garam….
6. last sekali masukan keju parut… kacau hingga keju larut dalam sos… jumlah keju bjuga bergantung pada kita…. jika suka kuah lemak letak lebih keju… jika tak berapa suka lemak letak keju sikit shj…

** saya suka kuah lemak so saya letak keju agak banyak juga…. tak pasti berapa… main tabur je!! huhuhu

Daging Masak Gulai Serai

DSC_2975aa

Salam….

Hari ni terasa nak makan daging gulai lemak serai….. Saya tak pasti orang panggil gulai apa… sesetengah org panggil gulai kampung…. dan mak saya pula panggil gulai macam ni gulai ketumbar jintan… Ikutlah nak panggil apa pun… janji gulai tu sedap dimakan..

Tapi memang sedap sangat gulai ni…. walau pun main campak2 dan humban je semua bahan dalam kuali tapi…. tapi rasanya…. Walllahhhh! My family sukaa….

Kalau reatif, boleh taruh belimbing buluh, nenas dll utk lebih sedap…. tapi kali ni saya cuma bubuh kentang…. sebab saya suka sgt makan kentang dalam gulai daging tu…. bila gigit rasa soft dan lemak2 gitu….

DSC_2955aa

Hari ni malas betul kita nak snap gambar….. so hanya snap je dalam pinggan sebelum kita makan…. tak de nya lah aku rajin nak letak prop segala….. malah nak letak daun hijau di atas daging buat penyeri pun rasa tak bernapsu….

Ni resepinya….

Resepi Daging Gulai Serai

Bahan2nya..
1 kilo daging lembu ( di potong kecil2, dicuci dan ditoskan… )
2 biji kentang ( kopek kulitnya dan di potong 6-12 bhgn )
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
10  btg cili kering – potong2 dan rendam dalam air panas )
2 batang serai
1 sudu teh ketumbar biji
1  sudu kecil jintan manis
1  sudu kecil jintan putih
1 kotak @ 200 g santan
1/2 cawan susu cair /santan pekat
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Cara Membuatnya

1. Kisar bawang besar, halia, kunyit, cili kering, bawang putih, serai, jintan putih, jintan manis bersama sedikit air hingga hancur…
2. Kemudian satukan daging, bahan2 yg telah dikisar, air dan santan dan masak hingga daging 3/4 masak.
3. Masukkan kentang, garam, asam gelugur kedalam gulai… jika air kurang boleh tambah lagi… dan masak lagi hingga daging agak empuk dan santan telah mengeluarkan minyaknya.
4. Last sekali masukkan susu cair/santan pekat, sesuaikan rasa dan bila kuah sudah mendidih dan agak pekat bolehlah tutup api….
5. Hidangkan dgn nasi panas2….

Ayam Bakar Tiga Rempah

DSC_2880aa

Salam…

Hari ni saya nak cuba resepi baru…. ayam bakar berempah…. saya guna tiga jenis rempah iaitu rempah beriani, rempah kerutuk dan rempah kuzi… sebab tu saya panggil dia ayam bakar tiga rempah…. kebetulan rempah kari dah habis kat dapur saya…. kalau tidak saya ayam ni akan jadi ayam bakar 4 rempah… huhu!!

Hasilnya tak mengecewakan… harum semerbak je bau ayam berempah ni semasa di bakar…. You all kalau nak cuba bolehlah guna apa2 rempah… tak semestinya ikut rempah yg saya gunakan…. saya ni hanya nak menghabiskan rempah2 dalam simpanan saya sebab takut ia rosak sebelum digunakan…. memasak ni kena try and error… kalau tak cuba mana nak tau sedap ke tidak kan…..

DSC_2881aa

Ayam saya agak gelap kerana rempah kerutuk yg saya guna berwarna gelap…..

Ni resepi yg saya gunakan…

Ayam Bakar Berempah

Bahan-bahannya
1 ekor ayam ( potong 4, cuci bersih2 , di kelar2 sedikt bhgn daging yg tebal dan tos kan.. )

Bahan Kisar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
2 batang serai
1 sudu makan rempah beriani
1  sudu makan rempah kuzi
1 sudu makan rempah kerutuk
1/2 sudu makan lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan garam
2 sudu makan gula
sedikit serbuk perasa ( jika suka )
2 sudu besar jus limau
1 biji buah tomato
100 g/ 1/2 kotak santan + sedikit air

**saya tambah sedikit rosemary kering dan sedikit tyme kering… tak suka boleh skip yg ni…

Cara2

1. Satukan ayam dgn bahan kisar dan perap seketika…
2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan ayam bersama rempah2nya dalam kuali tadi.
3. Masak ayam tersebut sehingga ayam separuh masak dan kuahnya agak pekat….
4. Bila ayam dah separuh masak  tutup api… kemudian letakkan ayam kedalam tray pembakar.
5. Lumurkan ayam dengan rempah2nya dan bakar ayam selama 40 – 45 minit pada suhu 200 darjah celsius….
6. Jika ada lebihan rempah pada kuali jangan di buang… masukkan sedikit santan@ air kemudian masak seketika dan sesuaikan rasa dan ia boleh dijadikan sos atau kuah nanti…..
7. Semasa membakar jangan lupa balik2kan ayam supaya rata masaknya…
8. Bila dah masak, potong2kan ayam tadi pada bhn kecil… hidangkan diatas pinggan bersama kuah tadi ….

Semoga berjaya….

Related Posts with Thumbnails