Tag Archives: Asam rebus ikan kembung

Asam Rebus Ikan Kembung


Kebelakangan ini saya memang agak sibuk ….. tetapi tugas memasak harus diteruskan juga kerana ada 3 orang insan yang harus saya jaga perutnya!!  Bila dah sibuk tu, sudah tentu saya akan menyediakan menu yang paling senang untuk disiapkan!. Seperti lauk  asam rebus ikan kembung.

Asam rebus kali ni lain sikit saya! cuba campurkan 3 biji tomato kisar sebagai salah satu ramuannya. Anak saya memang tak suka makan buah tomato dan saya terpaksa mengkreatifkan otak saya ni agar mereka mendapat khasiat Likopene yang  terdapat didalam buah tomato.  Likopene  sangat baik dan berfungsi untuk mencegah dari mendapat penyakit kanser.

Hasilnya sangat memuaskan! Rasa asam rebus saya sangat enak dan sudah pastinya berkhasiat apa lagi bila anda taburkan sedikit daun ketumbar… rasanya ala-ala tomyam gitu….

Selamat mencuba menu yang senang ni………………….

Resepi Asam Rebus Ikan Kembung

Bahan-bahannya.

6 ekor ikan kembung ( dibuang perut dan dibersihkan)
3 biji buah tomato
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1/2 inci kunyit
5 biji cili padi merah ( boleh ganti dengan cili merah jika tak suka pedas)
daun ketumbar
3 keping asam keping atau 3 sudu besar jus limau
garam, gula dan sedikit perasa.
1 batang serai ( option)

Cara penyediaan

1. Kisar buah tomato bersama bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan cili padi.
2. Satukan ikan, asam gelugur, serai, sedikit air dan bahan kisar dalan sebuah periuk. Masak di atas api.
3. Sesuaikan rasa garam, gula dan perasa dan bolehlah di angkat dan dihidangkan.
4. Taburkan sedikit daun ketumbar semasa menghidang.

Enjoy……..


Related Posts with Thumbnails