Tag Archives: ayam berkuah

Ayam Kalio Percik

Hari ni tak berapa ada mood sangat nak memasak….. rasa nak melepak depan tv tengok Astro aja…. tapi kat tempat saya, petang2 ni selalu aja hujan… Astro tak dapat nak bukak…… Manakala internet pulak line cam siput!!! Aduh… tension!!…..

Masak??? masak sekadar nak menghabiskan stock kat peti sejuk aje….. jumpalah setengah ekor ayam, lebih masa buat ayam goreng mamak semalam dengan beberapa ekor udang… tah bila punya udang tu pun saya tak pasti!!! dah lupa bila masa pulak bila saya beli…. malas nak pikir, saya goreng aja… tapi tak dapat masuk dalam entrilah sebab sekelip mata je dah habis…..  Yang masuk dalam entri cuma ayam kalio ni je…. Semasa baring-baring depan tv, sambil menyelak-nyelak majalah Rasa, ternampak gambar ayam ni!!! tengok gambar ayam tu macam sedap aje….saya try!!!! Jadilah seperti dalam gambar yang terpapar ni!!! Tapi, langsung tak sama rupanya macam kat majalah Rasa….. Kat majalah ayamnya kuning sebab mungkin tak banyak guna cili….. Ayam kalio saya pulak  warnanya kemerah-merahan mungkin saya letak lebih cili kisar!!! Maklum jelah kami sekeluarga kalau makan makanan yang tak pedas rasanya tak kenyang kot!!!! Anyway rasanya tetap sedap!! Ada sesiapa nak cuba…. resepinya kat bawah…..

Resepi Ayam Kalio Percik ( Sumber : ubah suai dari Majalah Rasa )

400g ayam ( anggaran dalam 1/2 ekor ayam )
4-5 ulas bawang merah ( kisar )
3 ulas bawang putih ( kisar )
2-3 sudu makan cili kisar ( boleh tambah jika suka pedas )
1 inci halia ( kisar )
1 inci lengkuas ( kisar )
2 batang serai ( kisar )
2 cm kunyit hidup ( kisar )
250 ml santan atau susu cair
3 -5 keping daun limau purut
2 keping asam keping
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara penyediaan

1.  Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan ayam dan asam keping. Masak hingga ayam kecut.
3. Kacau dan balikkan selalu agar ayam yang di masak sekata masaknya.
4. Masukkan santan atau susu cair serta daun limau purut. Jika mahu kuah lebih boleh di tambah sedikit air lagi.
5. Masakklah hingga kuah agak pekat. sesuaikan rasa…. bolehlah diangkat.

*** kat majalah ayam tu di perap ngan rempah kisar tu dulu baru tumis…. tapi saya tak buat gitu kerana nak cepat!!! masing2 dah lapo…..


Related Posts with Thumbnails