Tag Archives: Ayam halia mudah dan sedap

Ayam Masak Halia

Salam….

Ayam masak halia ni lauk hidangan tengahari tadi… resepi ni dari chef hanieliza. Masa saya buat blogwalking cari resepi ayam, terjumpalah resepi ni… Sedap gak masak macam ni…. anak2 mesti suka sebab tak pedas sangat. Kalau lidah saya mesti nak taruh cili api biar pedas sikit… tapi terpulanglah pada selera masing2. Saya guna isi ayam dan buat half dari sukatan… layan resepinya…..

AYAM MASAK HALIA ( Sumber : Chef Hanieliza )

Bahan
500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih]
3 s/b sos tiram ]
1/2 cawan air ] bancuh
1 s/k tepung jagung ]
1 s/k serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang [potong pendek] – tak de, saya tukar daun ketumbar
1 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

Bahan Hiris
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkna sikit air dan tutup
3. Masakkan ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
6. Hidangkan.


Related Posts with Thumbnails