Tag Archives: Ayam kicap dengan nenas

Ayam Kicap Bersama Nenas

Hari ni tak ada projek besar….. masak pun biasa-biasa aje! Lagi pun rasa tak berapa sihat kerana stress disebabkan bersengkang mata menyettap blog baru ni!!! Rasa nak demam pun ada….Mula-mula plan nak masak grilled chicken rice tapi tak jadi kerana tak terlarat. Ayam masak kicap dengan nenas ni masakan yang sempoi dan senang….  Dalam tidak sihat pun saya dapat siapkan masakan ni dalam jangka masa pendek….. lepas siap terus mengadap laptop balik menyiapkan apa yang tak siap!!! Anyway terimakasih pengunjung yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni. Sokongan anda amat saya hargai…..

Resepi Ayam Kicap dengan Nenas

1/2 ekor ayam
sepotong nenas ( potong kecil )
1 labu bawang besar ( saiz sederhana ) -dihiris
3/4 inci halia ( hiris )
2 ulas bawang putih (hiris)
10 biji cili api ( dihiris atau sebiji2)
1 btg serai di ketuk ( optional)
1 biji tomato ( saiz kecil)
daun ketumbar
2-3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu kecil sos ikan ( sos nampla )
serbuk kunyit
sedikit garam

Cara penyediaan

1. Ayam dipotong dan di bersihkan. Toskan airnya.
2. Gaulkan ayam tadi dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng hingga keemasan. Ketepikan.
3. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai, dan cili padi hingga wangi.
4. masukkan semua sos tadi, sedikit air dan nenas.
5. Bila mendidih masukan ayam tadi dan last sekali masukkan tomato dan daun ketumbar yang telah di potong.
6. Bolehlah dihidangkan.


Related Posts with Thumbnails