Tag Archives: Ayam masak pecel

Ayam Masak Pecel Lemak Cili Api

Semalam saya masak Ayam masak pecal lemak cili api untuk berbuka puasa!!!  Fuh… best banget!!! dah lama betul tak makan  lauk ni… Bila makan ayam ni, saya terus teringat nostalgia masa kecik 2 dulu. Dekat kampung mak saya pernah masak ayam ni sampai sekarang teringat lagi kesedapan masakan mak saya itu. Bila dapat merasa masakan ni dapatlah melepaskan segala rindu dendam.

Actually dah lama saya cari resepi ni… puas search kat google, tapi tak jumpa food blog yang ada resepi ni… but baru saya teringat saya ada resepi pecal lemak ikan keli….. So saya tukar ikan keli tu dengan ayam yang telah dikukus macam mak saya buat!!! Resepi ni pun saya agak2 je… tapi menjadikk pulak!! Dan rasanya hampir sama ngan mak saya punyerrr…..Sapa2 yang nak terai boleh lah terjah resepinya kat bawah!!!!

Resepi Ayam Masak Pecal Lemak Cili Api

1 ekor Ayam ( Belah 2 atau 4 kemudian dibersihkan )
2 inci halia
1 labu bawang besar
1 inci belacan bakar
3-4 biji ubi cekur atau kencur
6-10 helai daun cekur ( dihiris nipis-nipis )
10 – 20 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini )
1 mangkuk santan pekat  ( 1/2 biji kelapa di kisar dengan 1 mangkuk air suam- ambil santannya)
Garam secukupnya
gula secukupnya
jus limau secukupnya
serbuk perasa

Cara Penyediaan

1. Tumbuk halia bersama garam kemudian lumur pada ayam tadi.
2. Kukus ayam hingga empuk.
3. Sementara ayam empuk  buat sos pecal.
4. Tumbuk cili padi, belacan, biji cekur, bawang besar hingga lumat.
5. Kemudian satukan bahan tumbuk, santan, gula, garam, perasa, jus limau serta daun cekur yang telah dihiris.
6. Kacau sebati dan sesuaikan rasanya.
7. Bila ayam empuk potong2kan ayam tadi  dan susun atas pinggan.
8. Kemudian curahkan  sos pecal lemak tadi atas ayam.
9. Bolehlah dihidangkan.

*** Kalau santan tu diperah menggunakan air yang tak masak boleh panaskan santan tersebut atas api…. kacau selalu jangan sampai pecah!!! kemudian baru satukan dengan bahan2 lain.

Related Posts with Thumbnails