Tag Archives: ayam panggang halia

Ayam Panggang Halia

.

Salam….
Ayam Panggang/Bakar Halia lauk tengahari tadi….. resepi dari kak liza dan saya copy dari dapur mas…. simple dan mudah sangat memasaknya….. Bahan2nya pula hanya guna bahan2 asas yang sentiasa ada kat dapur kita!!

.

Fresh from oven!! Rugi tak cuba…. ¬†menurut citarasa saya rasa dia sgt sedap!!! mesti ada masakan ulangan ni!!!

.

Snap terus dari pinggan my son!!!

.

Jom jeling resepi………..

Ayam Bakar Halia
Resepi : Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Sumber : Dapur mas /Tun Telani
Dirujuk dan Olahan Cara : Kak Ummi - Home Sweet Home

Bahan Utama :
1 ekor ayam (saiz sederhana)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

Bahan Kisar :
4 inci halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
3 tangkai cili merah

Kak wana tambah
3 biji kentang kopek, di potong 4 dan rebus 3/4 masak
1 biji karot ( potong2 )

* gaulkan kentang yg telah direbus 3/4 masak serta karot bersama sedikit rempah perapan tadi… perap sebentar sementara menunggu dibakar!!!

Cara Memasak :
Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna  1/2 ayam shj).
Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 3 jam).
Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh…)
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
Hidangkan bersama salad dan timun. Memang sedaaappp ayam ni…selamat mencuba!!

Versi kak wana pula:
** Saya perap 3 jam….. terus je bakar dalam oven 30 minit….. keluarkan semula ayam tadi utk dibalikkan…. kemudian susun kentang dan karot yang telah diperap tadi dicelah2 ayam….kemudian siram2kan minyak dan jus ayam keseluruhan ayam,kentang dan karot…. kemudian bakar semula sehingga masak!!!

selamat mencuba dan menjamu selera!!!!

Related Posts with Thumbnails