
Salam….
Hari ni saja je nak try menbakar ayam dgn sos lada hitam readymade…. samada sedap atau tidak…. maka rupa dan kejadian dia seperti dalam gambar….
Tang rasa dia… biasa2 je… tak kick sgt!! berbanding dengan jika kita guna resepi buatan sendiri…. tapi yg menjadi masalahnya adik ipar saya kalau bakar ayam black pepper memang guna sos readymade sedaplah pulakkk…
So kita buat rumusan kat sini mungkin sos lada hitam yg saya gunakan memang tak berapa best… kena tukar jenama sos atau pun saya yg terlebih letak sos sebab terlalu excited…. hihihi…..

Hari ni saya tak letak resepi lengkap sebab terlalu mudah…. saya cuma gaukan ayam dengan sos lada hitam, halia dan bawang putih tumbuk dan sesuaikan rasanya barulah dibakar dalam oven…
silalah mencuba….

Salam semua… hari ni nak entri ayam tandoori yang saya masak dengan nasi beriani hari tuh!!! Resepi dari koleksi sendiri yang saya ambil dari majalah. Cara nak buat ayam ni lebih kurang sama jer dengan ayam panggang yogurt. Rasanya pun memang sedap. Cuma ayam saya terlebih merah sebab terbubuh lebih pewarna…. next time tak letak pun tak mengapa!!! So… sesiapa yang nak cuba boleh layan resepinya kat bawah!!
Resepi Ayam Tandoori
1 ekor ayam
1 labu bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih -kisar
1 1/2 sudu makan halia kisar
100 ml yogurt
sedikit pewarna merah ( optional)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 1/2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
garam
Cara Penyediaan
1. Kisar semua kecuali ayam hingga sebati.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama ayam dalam plastik berzip. Kemudian Perap dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 2 jam.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 1 -1 1/2 jam. Balik2 kan ayam supaya rata masaknya.
4. Bolehlah dihidangkan dengan beriani atau roti nan serta Raita.

Ayam bakar Lada hitam ni siaran ulangan…. Tengok kat peti sejuk cuma ada ayam jerr… dan mood hari ni pulak tak berapa rajin nak menggulai so kita perap ayam tu dengan sos dan lada hitam…. lepas tu bakar jer ayam tu dalam oven!!! siap!! Ayam ni sedap di makan dengan timun, tomato, salad, sos halia dan sos cili nasi ayam…. Tapi hari ni saya cuma makan dengan sos cili dalam botol jerr…
Resepi Ayam Bakar/Panggang lada hitam
1 ekor ayam ( potong 2 atau tidak dipotong )
6 ulas bawang putih ( saya letak 1 labu bawang putih )
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar minyak masak/ sayuran/ zaitun
4-6 sudu besar sos tiram ( ikut saiz ayam )
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar daun rosemary kering ( jika suka )
Cara penyediaan
1. Goreng bawang putih bersama minyak masak tadi hingga kekuningan. Bila dah kekuningan tutup api.
2. Tumbuk lada hitam, daun rosemary hingga hancur kemudian masukkan halia dan tumbuk hingga lumat.
3. Didalam lesung yang sama masukkan bawang putih yang telah digoreng bersama minyaknya sekali. Kemudian lenyek perlahan2 bawang putih tadi hingga hancur.
4. Masukkan pula sos tiram dan sos cili. kacau perlahan.
5. Lumurkan minyak bumbu tadi pada ayam yang telah di bersihkan. Perap ayam dahulu paling kurang 1 jam.
6. Bakar dalam oven… suhu 200 darjah celcius selama 1 jam .
** sedap dimakan bersama sos pencicah, sos nasi ayam atau sos halia.
