Tag Archives: belajar buat bakso

Bakso

Hari ni terasa nak makan bakso….  minggu lepas tengok bakso kat dapur mas, terliur pula rasa nak buat… Actually bakso ni bukan baru bagi saya. Di rumah lama saya dulu saya pernah berjiran dengan kawan berbangsa Indonesia bernama Winda. Kawan saya ni membuka gerai bakso di kawasan itu dan sayalah pelanggan tetapnya kerana baksonya sangat sedap sekali. Saya pernah mengintai periuk yang berisi kuah sup bakso masakan Winda dan saya lihat winda menggunakan air rebusan tulang-tulang lembu untuk menyedapkan kuah supnya. Walaupun bebola daging winda hanya guna yang ready made tapi baksonya masih tetap sedap. Walaupun dah lama tak dapat menikmati bakso Winda namun ia tak jadi masalah lagi kerana saya  boleh menyediakan sendiri di rumah….

Resepi bakso ni saya copy dari dapur mas. Dekat dapur Hana dan Deetha pun ade….. Tapi minta maaflah kerana meatball atau bebola daging saya guna yang readymade je… Hari ni tak berapa rajin nak menggentel meatball…… tetapi kuah sup saya tetap mahu guna air rebusan tulang lembu, seperti yang Winda buat…… Saya copykan resepi asalnya bagi sesiapa yang berminat nak try!!!

Resepi Bakso ( sumber : Dapur masduniaku )

Bahan-bahan
60g  sawi – celur dan dipotong
60g  bihun – celur dan toskan
60g  mee kuning – celur dan toskan
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan daun sup – cincang

Uk Kuah@Sup
1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu – saya guna rebusan daging lembu (200 g daging + 300 g tulang )
4 ulas bawang putih – cincang
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan btg saderi – cincang
1 sudu makan minyak – utk menumis
1 sudu teh garam
1 inci halia – ketuk
1 sudu makan lada putih tumbuk – saya tambah

Utk Bebola Sapi@Bakso
400g daging lembu hancur ( Saya tak buat yg ni- saya guna meat ball sedia ada di pasaran )
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
1 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh garam

Bahan sampingan
Cili padi – tumbuk dgn air rebusan daging@air limau
sos tomato
kicap manis ABC

Cara-cara
1. Utk membuat bebola sapi@bakso- Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan. (hana masuk terus dalam kuah bakso)
2. Utk membuat kuah – Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.
3. Utk hidangan – Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk. Tuang kuah bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis. Hidangkan.

Tips: Rebus bebola @ bakso di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bakso @ bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus.


Related Posts with Thumbnails