Tag Archives: Bendi masak kari

Kari Bendi

Jom layan kari bendi yang saya masak hari tu!!. Hari ni saya cadang nak pergi shopping bahan basah kat pasar…. memandangkan peti sejuk saya dah mula kosong!!!. Dah!!!

Resepi Kari Bendi

600 g bendi ( cuci bersih  dan potong bhg tangkainya )
2 sudu besar kari
1 labu bawang besar – ditumbuk
3 ulas bawang putih- ditumbuk
1 genggam ikan bilis – ditumbuk
200 g santan
air secukupnya ( ikut banyak mana kuah yang diingini )
1 keping asam gelugur
garam secukupnya

Cara penyediaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari yang telah digaulkan dengan sedikit air. Kacau sebentar.
3. Masukkan air, asam gelugur dan santan, Kecilkan api dan kacau selalu agar santan tidak pecah.
4. Masukkan sayur bendi…Sesuaikan rasa kari, bila bendi telah layu bolehlah diangkat!

Related Posts with Thumbnails