Tag Archives: Bercuti di Melaka

Melaka Wonderland Theme Park….

Salam…
Masih penat!. Kami baru balik bercuti2 ke Melaka pada tahun baru Cina lepas… Dalam masa 3 hari 2 malam banyak gak tempat kami pergi, salah satunya Melaka Wonderland theme Park and Resort. Biasalah pergi beramai2 dan bawa anak2 mesti cari tempat yang ada air kan….

Anyways Bercuti ke Melaka bagi saya memang sangat2 best… cuma pergi masa hari raya cina rasanya tak berapa sesuai kerana jalan raya sesak….. dan ramai sangat orang.

Photobucket
So masa nak bermain2 ke theme park ni pun anak2 merungut kena beratur panjang…. Sara ( 9 bulan 1 minggu) pun tak melepaskan peluang mandi tau!! Seronok sangat kan Sara busyuk mama!!! ( pssstttt!!! rambut dia tokak sikit baru lepas kena potong… sangat2 susah nak potong rambut dia… baru pegang sikit rambut dia dah meronta2…. sebab tu le gruper rambut dia macam tu…)

Photobucket

Masa mula2 sampai anak2 bersemangat berkobar2 nak mandi dan main air….. bila sampai je cuaca mendung…. tetiba hujan turun lebat… punyalah cuak!!!

Photobucket

…. Nasib baik reda juga akhirnya… hati anak2 berbunga2 kembali!!! Rezekilah… dapat mandi!!

Photobucket

….. antara yang turut sama mandi manda… Bayaran masuk ke sini Rm 30.00 ( dewasa )…… Sangat meriah sebab byk aktiviti yg management arrange kan… antaranya, tarian singa, persembahan Maskot, tarian poco2, chicken dance dll.

Photobucket

… my sister and my daughter…..

Photobucket

…. my brother, Atoi!!

Photobucket

….. si tecik Sara  pun bukan main seronok dapat main air…..mandi sampai tertidur….. cian tau dia….

Photobucket

….. Ni gambar selepas bangun dari tidur….badan dah segar dah boleh aktif macam biasa… sempat posing bila nampak mamanya nak ambik gambar!!!

PhotobucketPhotobucket

… Ni gambar muka2 yg tak join mandi, dah mula bosan!!! apabila mereka2 yang tengah mandi tu tak mahu naik2!!!

PhotobucketPhotobucket

… My daughter and my mother….. ada iras2 tak cucu dengan nenek!!!

PhotobucketPhotobucket

Gambar my adik ipar sedang pujuk anak yang tengah nangess sebab tak mahu naik dan mintak pakai baju mandi balik…. selepas mandi ingat nak cari port baik  utk makan2, tapi masing2 perut dah kebulur, so kat parking lot pon jadikkk!!! juadah kami masa ni adalah nasi lemak dan sandwich sardin….. time2 lapar macam ni juadah tu sangat2 menyelerakan!!!

Photobucket

… selepas tu kita orang ke pantai Klebang….. makan2, dan beli belacan, cincaluk dan ikan masin….

Photobucket

… kalau nak beli belacan dan cincaluk beli lah kat sini ( di sepanjang jalan menuju ke pantai klebang ) sebab jauh lebih murah…. saya dah terkena beli belacan ( saiz besar ) di bandar Hilir dgn harga rm 12.00 sedangkan sini ( belacan yang sama ) hanya rm 5.00. Tapi tak menyesal beli ikan kering kat sini…. ikan kering kat sini sangat sedap dan tak berapa masin…. menyesal pulak beli sikit!!!

Related Posts with Thumbnails