Tag Archives: Bihun Singapore

Bihun Singapura Ayam Goreng

Salam…

Menu saya hari ni bihun goreng singapore makan bersama ayam goreng!!… Jangan marah… ayam goreng lagi!!! Actually ni makanan kesukaan my daughter. Memang nilah masakan yang selalu di ulang2!!. kerana selalu mendapat permintaan….

Ayam tu saya perap semalaman dulu dengan bawang putih, halia, lada sulah dan garam. Bila nak menggoreng, saya gaulkan dengan sedikit tepung sebelum dicelup ke dalam minyak panas….

Bihun goreng ni pula rsepi simple dari ibu saya… minggu lepas my mother ada menyediakan breakfast mihun simple ni di rumah saya. Air tangan my mother tu memanglah sedap … walaupun tak guna banyak bahan tapi tetap sedap, membuatkan kami makan bertambah2…. Ni saya buat lagi request dari my daughter… Saya buat kosong je tapi mesti ada ayam goreng….

Resepi Bihun Singapura Simple

1 bungkus bihun ( rendam hingga lembut dulu )
1 biji bawang besar
2 – 3 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis/udang kering
1/2 batang karot di potong2
2 pokok sawi/pak choy dipotong2
sedikit taugeh ( tak letak… my daughter tak suka )
10 biji cili api ( jika suka )
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara penyediaan

1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili api, ikan bilis@ udang kering hingga hancur dalam blender.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan sedikit air ( jumlahnya agak2 dapat melembutkan bihun ), garam, gula dan serbuk perasa.
4. Masukkan bihun dan sayur2an….
5. Sesuaikan rasa bolehlah diangkat….

** oleh kerana bihun ni kosong kena letak ikan bilis @ udang kering banyak sikit, baru sedap….

Related Posts with Thumbnails