Tag Archives: cara buat acar timun mudah

Acar Timun

Salam semua pengunjung yang dikasihi!. Akhir2 ni bz sikit sampai nak jenguk blog sendiri pun tak de masa…. Hari ni just nak entri acar timun yang saya masak ngan nasi beriani hari tuh!! Masakan baru belum ada lagi kerana dapur saya belum berasap lagi buat masa ni… ┬ámakan pun banyak makan kat luar jer…

Resepi Timun

2 biji timun ( potong memanjang atau dihiris )
1 labu bawang besar ( hiris nipis)
1 biji cili merah( dihiris nipis)
2-3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
4-5 sudu besar cuka makan ( jika tak suka cuka boleh guna jus limau nipis 1/2 cawan)

Cara membuatnya

1. Satukan semua bahan. Sesuaikan rasa kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam atau lebih sebelum menghidang.
2. Sesuai di hidangkan dengan  bersama nasi tomato,nasi minyak, dalca, ayam masak merah dan sebagainya.

Related Posts with Thumbnails