Tag Archives: cara buat bingka ubi

Bingka Ubi

Salam semua…..  hari ni saya agak merajinkan diri wat bingka ubi untuk minum2 petang… ubi kayu yang saya beli minggu lepas dah agak lama terbiar…. mula2 tu cadang nak rebus je dan makan dengan sambal tumis atau ikan masin.. tapi last minit tukar pula ngan bingka ubi. Resepi saya copy dari blog Yatie.  Tq yatie… kuih2 yang senang macam ni bolehlah saya buat… kalau yang rumit tu rasanya tunggu jelah… entah bila!!.

Resepi Bingka Ubi ( sumber : Dapur Yatie )

Bahan-Bahan

  • 4 cwn ubi parut(anggaran 2 kg ubi-blend pun boleh)
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 telur
  • 1/2 sudu garam
  • 1 1/2 cawan santan
  • 2 sudu besar minyak- utk campur dlm adunan
  • 2 sudu besar minyak- utk sapu pada loyang
  • sedikit butter- utk tabur atas kuih sblm di bakar
  • beberapa titik pewarna kuning

Cara-Cara

1. Blend ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu liat ubi.( Kalau ubi dah parut terus sukat 4 cwn ubi)
2. Campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.
3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.
4. Kacau…dan tuang santan sedikit2…sampai adunan menjadi sebati.
5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.
7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.
8. Bakar selama 1 jam hingga 1 1/2 jam…bergantung pada tahap kerak yang anda suka.
9. Bila dah sejuk….baru cantik dipotong….

Related Posts with Thumbnails