Tag Archives: cara buat bubur kacang

Bubur Kacang Hijau Durian

Salam pagi Ahad… tapi sekarang ni dah petang pun… hahaha!!! ┬áHari ni terasa nak makan bubur kacang… taruh durian sikit!! buat makan petang2 dengan teh o memang best!! Tapi terlupalah nak amik gambar… bila durian dah tinggal sikit baru teringat nak snap gambar…. tu yang seconet je dirian atas tu…. Resepi Copy ┬ádari blog yatie!!! Tq Yatie…..

Resepi Bubur Kacang Hijau Durian ( Sumber : Dapur Yatie )

Bahan-Bahan

  • 2 cawan kacang hijau – rendam 1 jam
  • Air secukupnya utk merebus kcng hijau
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 1 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 helai daun pandan – belah dan simpul
  • 1 sudu kecil garam
  • Isi durian secukupnya.

Cara-Cara

  1. Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu besar minyak masak (*biar cepat empuk).
  2. Bila kacang telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir.
  3. Masukkan pula gula melaka yg di racik. Kacau hingga gula larut dan sebati.
  4. Masukkan isi durian….masukkan pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
  5. Setelah siap bolehlah di hidangkan.(Kalau tak suka durian, tak perlu letak ya…)
Related Posts with Thumbnails