Tag Archives: cara buat donut

Donut

Sebenarnya dah lama saya nak buat donut… tapi asyiklah tertangguh2 sebab  saya ni malas betul nak menguli tepung… my doter dah lama minta saya buatkan donut…. at last saya buat jugaklah… sementara saya masih rajin!!

Dari dulu sampai sekarang saya memang banyak kumpul resepi donut yang saya ambil dari internet dan majalah…. masa buat donut ni pun saya tak tahu mana resepi yang terbaik… so saya try resepi kat bawah ni dulu… sebab resepi kat bawah ni agak detail dan sesuai untuk sesiapa yang baru belajar2 nak buat donut!!!

Selamat mencuba…..

Resipi Donut
1/2 kg Tepung gandum ( saya guna tepung halus )
1/2 paket Ibu roti Brand Mauripan  (5.5 gram)
4 sudu makan gula Pasir
1/2 sudu kecil garam Halus
1/2 cawan susu tepung ( saya guna jenis Full Cream)
1/2 cawan marjerin
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk Penaik / Baking Powder
Air secukupnya
Cara penyediaan
1. Isikan 1/2 cawan  air suam dicampur dengan 1 sudu kecil  gula pasir dan 1/2  paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang.
2. Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan air ibu roti tadi ke dalam besen kecil.
3. Gaul adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit.
4. Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang dan tidak melekat pada tangan anda.
5. Apabila telah selesai menguli, tutup besen yang mengandungi besen kecil tadi dengan kain dan letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1 jam.
6. Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya.
7. Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit.
8. Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan cetak dengan pencetak donut.
9. Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira 30~60 minit.
10. Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.
11. Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas. Goreng kira-kira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan.
12. Angkat dan toskan serta taburkan gula halus keatas donut.
*Boleh jugak hiaskan donut dengan topping coklat mengikut citarasa yang disukai…..
**Donut ni sangat sesuai untuk minum petang atau breakfast!

Gambar : My doter dengan rajinnya mendeko donut…. kerja deko mendeko ni serahkan jerr pada dia… saya tak perlu comotkan tangan saya ngan coklat sebab dah ada assistant!! hihihi….

Untuk Topping

1 keping coklat masakan/milk chocolate
1 sudu besar butter
3 sudu besar susu cair/yogurt/cream putar

- Satukan semua bahan dan cairkan dengan menggunakan kaedah double boiler… bila sudah cair celupkan donut pada coklat tadi dan taburkan dengan coklat rice…. atau ikut kreativiti anda!

Selamat mencuba…

Related Posts with Thumbnails