Tag Archives: cara buat mee kari kerang

Mee Kari Kerang

Mee kari kerang ni juadah berbuka puasa semalam… sebenarnya dah lama plan nak buat, tapi baru hari ni terlaksana… Mee kari kerang ni ‘feveret’ my hubby ngan anak2…. Kalau time raya, mee ni lah selalu saya masak buat rumah terbuka untuk jamu kawan-kawan…. Resepi ni memang dah lama ada dalam simpanan saya. Saya pun dah tak ingat dari mana saya dapat resepi ni…. sejak dulu-dulu saya memang guna resepi ni untuk buat mee kari, walaupun kadang-kadang diubahsuai ikut bahan2 yang ada kat dapur!!!….. Oklah bulan pose ni tak perlu nak membebel lebih2… kita terus pada resepinya…….

Resepi Mee Kari Kerang

Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng
Isi ayam ( disiat2 ) – kali ni tak letak

Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (di goreng)
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1 kg Kerang  atau lebih ( lebih banyak kerang lebih sedap )
1 paket chicken ball
1 paket fish cake (potong nipis)
2 sudu besar cili kisar – ( saya ganti ngan 2 sudu makan serbuk cili kmd di campur dgn serbuk kari )
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
1/2 -1 cawan udang hidup kisar
2 cawan stok Udang ( kepala dan kulit udang di tumbuk dan ambil airnya )
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
2  keping asam gelugur ( ikut saiz )
minyak
garam

Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )

Cara Penyediaan Kuah

1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan kerang.. fish cake, udang kisar dan fish ball, stok udang dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa.
4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

Related Posts with Thumbnails