Tag Archives: Cara buat puding coklat

Rich Chocolate Pudding

Rich Chocolate pudding yang glamour ni dah lama saya nak try. Tapi asyiklah tertangguh-tangguh sebab tak cukup bahan dan peralatan…. ┬átengok kaler pudding yang gelap dan berkilat2 dari dapur kengkawan yang dah cuba, membuat kiter pun tak tahan nak cuba jugak… paling teringin nak tau rasa dia macammana!!!!! Walaupun agak jauh ketinggalan keretaapi, tapi at least saya dah puas hati dapat merasa…… Trimakasih ya Jun kerana share resepi yang sedap ini!!!!!

Resepi Rich Chocolate Pudding ( sumber C&P : Dapur Ros/ sumber asal: Dapur Jun )

Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung ( saya guna tepung kastard)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter ( saya letak 2 sudu besar je)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan

Related Posts with Thumbnails