Tag Archives: cara buat rendang daging sedap

Rendang Daging Cili padi

Rendang Daging Cili Padi special ni saya masak untuk hari raya pertama semalam…..Rendang ni adalah my feveret sejak dulu kerana lebih pedas dan lebih ‘kick’ rasanya. Walaupun rendang ni agak pedas tetapi  kepedasannya semakin lama semakin berkurangan jika kita kerap panaskannya. Jom layan resepi rendang daging pedas ni….

Resepi Rendang Daging Cili Padi

2 kilo Daging lembu
1 1/2 biji kelapa – diambil 2 mangkuk santannya ( saya campur lagi dengan 1 cawan susu cair )
daun limau purut ( di hiris )@ daun kunyit ( dihiris ) ( boleh gak nak masukkan kedua2nya )
1 – 2 keping asam gelugur@ 1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa
2 sudu besar kerisik ( kali ni saya tak letak – sebab tak ada )

Bahan kisar
20-40 biji cili padi ( sukatan ikut kepedasan yang anda di ingini )
3 biji bawang besar
8 biji bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
4-6 batang serai
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar

Cara penyediaan

1. Tumis bahan kisar hingga berbau harum. kemudian masukkan daging masak hingga daging kecut.
2. Masukkan santan dan susu cair masak hingga daging lembut. Jika daging belum cukup lembut masukkan sedikit air lagi dan masak lagi sehingga daging lembut.
3. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan serbuk perasa. Last sekali masukkan kerisik, daun kunyit  atau daun limau purut yg telah dihiris.
4. Bila sesuai kepekatannya bolehlah diangkat dan dihidangkan.

** Satu lagi cara masak rendang ialah satukan bahan kisar, santan dan daging  kedalam kuali. Reneh dan masak hingga daging empuk dan sehingga santan  mengeluarkan minyak. Kemudian masukkan air asam jawa@asam gelugur, gula,garam, perasa, kerisik dan daun kunyit atau daun limau purut. sesuaikan rasa… bolehlah diangkat!!!!

*** Cara yang nombor dua ni lebih mudah…. saya biasa masak ikut cara yang nombor dua. Rasa dia tetap sama!!!!

Related Posts with Thumbnails